Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bloomberg: Uber siasat urus niaga di Malaysia
Diterbitkan:  Sep 20, 2017 1:45 PM
Dikemaskini: 5:53 AM

Berdepan kemungkinan siasatan jenayah berhubung rasuah di luar Amerika Syarikat, syarikat e-hailing Uber sedang menjalankan siasatan dalaman sama ada sebarang bentuk quid pro quo (balasan) berlaku di Malaysia.

Bloomberg melaporkan bahawa peguam Uber sedang mengkaji beberapa transaksi kewangan dan urus niaga yang didakwa berkaitan kerajaan Malaysia yang mungkin membabitkan beberapa ahli-ahli parlimen, kata mereka yang mempuntai maklumat mengenai perkara itu.

Para peguam dikatakan sedang meneliti derma korporat puluhan ribu ringgit, yang diumumkan pada Ogos 2016, kepada Pusat Inisiatif dan Kreativiti Antarabangsa Malaysia, yang adalah hab usahawan yang disokong kerajaan.

Sekitar masa sama, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)(KWAP) dikatakan melabur AS$ 30 juta dalam Uber, kata sumber yang biasa dengan perjanjian itu, seperti yang dilaporkan oleh Bloomberg.

Kira-kira setahun kemudian, Parlimen meluluskan rang undang-undang menjadikan perkhidmatan ‘e-hailing’ sebagai satu perkhidmatan pengangkutan awam yang sah di sisi undang-undang.

Malaysia mencatatkan sejarah sebagai negara pertama mengawal selia perkhidmatan ‘e-hailing’ selepas Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 dan RUU Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017 diluluskan pada Julai lalu.

Justeru, peguam cuba menentukan sama ada terdapat sebarang bentuk quid pro quo dalam keadaan ini.

Mereka yang biasa dengan perkara itu juga dilaporkan berkata bahawa Emil Michael dan Eric Alexander, dua eksekutif perniagaan di Uber, mempunyai peranan utama dalam rundingan perjanjian ini.

"Firma undang-undang Uber juga menyoal bagaimana Alexander memiliki rekod perubatan mangsa rogol di India, dokumen yang sering dipegangnya selama beberapa bulan pada 2015," kata Bloomberg.

Malaysiakini tidak dapat mengesahkan laporan itu secara bebas.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS