Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ku Nan: Banjir kilat sebab projek pembangunan, hujan
Diterbitkan:  Nov 2, 2017 12:04 PM
Dikemaskini: 4:31 AM

Banjir kilat di ibu negara pada 30 Oktober lalu disebabkan oleh kegiatan pembinaan dan hujan lebat, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Hasil daripada siasatan yang telah dijalankan, dikenal pasti punca kejadian banjir kilat adalah kesan daripada aktiviti pembangunan berhampiran halangan kepada sistem saliran sedia ada dan hujan sangat lebat,” katanya.

Kenyataan Tengku Adnan itu selari dengan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang melihat projek pembinaan sebagai punca kejadian.

Menurut Wan Junaidi, pemaju tidak mengambil kira penyediaan kolam tadahan dan perangkap sampah bagi memastikan hanya air mengalir ke dalam sungai.

Bercakap di parlimen hari ini, Tengku Adnan berkata projek pembangunan terlibat termasuk yang berdekatan Setiawangsa-Pantai Expressway (DUKE 3) dan projek Bangsar South City di Kerinchi.

Bagi menyelakkan kejadian terus berulang, Tengku Adnan berkata Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) telah menyelaraskan tindakan segera.

“Setiap kelulusan pembangunan dikenakan syarat untuk mengelak kejadian tanah runtuh, hakisan dan banjir kilat daripada berlaku,” katanya yang popular dengan gelaran Ku Nan.

Berkaitan hujan pula, kata Ku Nan lagi, ia mencatatkan intensiti 1 jam 20 minit dengan kadar 86.55mm.

Kadar hujan biasa adalah antara 50mm hingga 60mm.

Banjir kilat 30 Oktober menjejaskan aliran trafik di Lebuh Raya Persekutuan berhampiran Bangsar South atau Kerinchi, Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 berdekatan Bukit Jalil dan Lebuh Raya LEKAS di susur keluar Kantan Permai Kajang.

[Baca berita asal]

 

 

 

Lihat Komen
ADS