Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Kit Siang, Dr Mahathir dan sekumpulan anak muda

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang sekali lagi berkongsi pentas di sebuah dewan di Petaling Jaya malam semalam bersama sekumpulan anak-anak muda.

Kedua-dua mereka - bekas seteru ketat - membicarakan pelbagai soalan daripada konsep nepotisme hingga kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kedua-dua, Dr Mahathir dan Lim dituduh mengamalkan nepotisme kerana anak masing-masing mengikuti jejak langkah mereka dalam politik manakala Lim ditahan di bawah ISA semasa Mahathir adalah perdana menteri.

Mahathir pada awal sesi itu berkata beliau memahami mengapa orang ramai tidak bersetuju dengan perkara yang dilakukannya semasa pimpinannya.

"Ini orang (Lim) yang bertanggungjawab. Dia tidak pernah suka sa, dia kata macam-macam perkara buruk pasal saya.

"Tetapi jika kamu dalam pembangkang dan mahu mengalahkan kerajaan, kamu tidak boleh bercakap perkara baik mengenainya.

"Hari ini ramai yang bertanya mengapa saya berkawan dengan 'setan' itu, susah saya mahu menerangkan ini," katanya, sambil disambut gelak ketawa hadirin manakala Lim sempat melemparkan senyuman.

Mengaku bahawa dirinya kerap membidas Dr Mahathir pada masa lalu, Lim bagaimanapun berkata, bahawa kritikan itu tidak pernah bersifat peribadi.

"Saya tidak pernah memanggilnya 'Mahafiraun', 'Mahazalim' atau korup. Sebagai perdana menteri, saya memegangnya bertanggungjawab terhadap semua penyalahgunaan kuasa termasuk Operasi Lalang, dia berkata dia bertindak atas nasihat keselamatan.

"Tetapi sebagai menteri dalam negeri, dia harus bertanggungjawab berhubung tangkapan ke atas semua tahanan,” kata Lim.

Lim juga ditanya sama ada beliau akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat "kesilapan" Mahathir serta dakwaan kekayaan anak-anaknya.

Lim berkata, siasatan penuh perlu dijalankan jika terdapat penyalahgunaan kuasa ataupun wujud persepsi tentang salah guna kuasa.

"Tetapi yang paling penting hari ini ialah membuat perubahan, kita tidak mahu menjadi seperti Zimbabwe," katanya sambil menambah masa depan lebih penting daripada peristiwa dahulu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS