Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
DAP gesa polis siasat ucapan Shahrizat mengenai 'Maharaja Lim'

Wanita dan sayap pemuda DAP (Dapsy) hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kerana  menggelar pemimpin kanan mereka, Lim Kit Siang sebagai "Maharaja".

Mereka juga menuntut polis menyiasat ucapan pemimpin berkenaan kerana "menggalakkan ucapan kebencian dan mempromosikan ketaasuban" dalam kenyataannya.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Timur Laut di Jalan Patani di Georgetown, Pulau Pinang jam 1.30 petang hari ini.

Shahrizat dalam ucapan di Perhimpunan Agung Umno semalam berkata rakyat Malaysia hanya mempunyai dua pilihan sama ada memilih Datuk Seri Najib Razak yang memimpin kerajaan atau "maharaja Lim Kit Siang" yang memimpin pembangkang.

Beliau dalam ucapannya turut meningatkan perwakilan Wanita Umno agar memastikan negara "tidak terlepas ke tanga pembangkang" pada pilihan raya umum yang dijangka akan diadakan selepas Mac tahun hadapan.

Penolong Setiausaha Publisiti Wanita DAP, Syerleena Abdul Rashid (tengah gambar) berkata rakyat Malaysia tidak akan lupa skandal National Feedlot Corporation (NFCorp), yang pertama kali didedahkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2011.

Beliau juga mendakwa rakyat Malaysia tidak akan lupa bagaimana Shahrizat dan keluarganya gagal membayar pinjaman RM250 juta untuk projek penternakan lembu yang gagal.

"Saya percaya rakyat Malaysia tidak akan secara membabi buta termakan dengan pembohongan kleptokrat seperti Shahrizat dan yang lain yang cuba dijaja oleh Umno,"katanya.

NFCorp dikendalikan oleh suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail, selaku pengerusi manakala lembaga pengarah termasuk anak-anak mereka.

Mengiringi Syerleena adalah Setiausaha Publisiti Dapsy Pulau Pinang Wong Yuee Harng dan ahli majlis, Chris Lee.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS