Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images

LAPORAN KHAS | See Chang Long, seorang tukang masak berusia 33 tahun telah bertahun-tahun menabung sambil dia mencari sebuah rumah baru di Melaka.

Selama ini, dia tinggal dengan ibu bapanya. Ayah kepada dua anak ini mahukan rumah baru untuk keluarganya.

Pada Oktober, dia memutuskan untuk meletakkan deposit 10 peratus berjumlah RM47,880 bagi membeli sebuah rumah teres di kawasan perumahan baru di Taman Satu Krubong.

Tetapi kegembiraan See memiliki sebuah rumah baru lenyap setelah dia mendapat tahu dalam masa sebulan bahawa projek Keretapi Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dirancang bakal melalui hartanahnya di Jalan Samarinda 5.

"Pihak pemaju tidak pernah beritahu bahawa tanah di sini akan diambil untuk HSR. Kenapa saya hanya mendapat tahu perkara ini melalui berita?

"Saya menggunakan simpanan hidup saya untuk membeli rumah ini," kata See kepada Malaysiakini.

See berkata sudah terlambat untuknya membatalkan pembelian rumah itu kerana pihak bank telah pun membayar 25 peratus pinjamannya kepada pemaju.

Taman Satu Krubong yang terletak 9 km dari bandar Ayer Keroh dan 16 kilometer dari pusat bandaraya Melaka dijangka 'siap sepenuhnya' tahun depan.

Pembangunan hak milik bebas ini melibatkan campuran rumah sederhana dan kediaman mewah berpagar rumah teres dan banglo. Harga yang dinyatakan dalam talian sekitar RM400,000 ke RM900,000.

Begitu juga dengan Kathy Ong yang berusia dalam 40-an - jiran See dan ibu kepada dua orang anak. Kathy membeli rumah di Jalan Samarinda 6.


 

Sekarang selepas mengetahui mengenai jajaran HSR itu, Ong mahu ia dipindahkan dari kawasan kediaman dan menolak sebarang pampasan.

Wong, yang memiliki hak milik tanah di situ berkata, bapanya yang telah meninggal dunia telah membina rumah satu tingkat pada awal tahun 1970-an di atas tanah yang sama.

Ibunya dan abangnya kini tinggal di rumah itu manakala dia tinggal bersama isterinya, dua anak kecil, bapa saudaranya dan anak buahnya di seberang jalan.


 

"Saya sangat berharap mereka tidak merobohkan rumah saya, kami sudah berdekad tinggal di sini. Saya tidak mempunyai rumah lain, di manakah anda mahu saya pindah? Ke bawah jambatan?" katanya.

Wong, yang berniaga besi buruk sebagai sumber pendapatan, berkata kerajaan perlu membayar pampasan yang mencukupi sekiranya ia memutuskan untuk mengambil tanahnya.

"Jika kerajaan boleh bayar pampasan kepada kami dengan apa sahaja yang kami minta, maka ianya ok.

"Tetapi tidak kira apa, sekiranya kerajaan benar-benar perlu menggunakan tanah saya, saya tidak mempunyai cara untuk menghalangnya. Lagi pun ia adalah kerajaan," katanya.

Seperti Wong, Low Chee Wah yang berusia 62 tahun, berkata beliau tidak tahu tentang HSR akan melalui kawasan kediamannya,  juga di Jalan 27, tetapi merasakan tidak berbaloi untuk melawan kerajaan.

 


 

"Tetapi mereka mesti bayar pampasan kepada saya. Jika tidak, saya tidak akan pindah," katanya.

Malaysiakini sebelum ini menyenaraikan sekurang-kurangnya sembilan kawasan kediaman, yang akan terjejas dengan jajaran HSR.

MyHSR telah memulakan perbincangan dengan komuniti yang terjejas tetapi belum memulakan sesi tersebut dengan kedua-dua kumpulan penduduk yang dipaparkan dalam tulisan  ini.

MyHSR memberitahu Malaysiakini bahawa jajaran itu belum dimuktamadkan dan plot yang diperuntukkan untuk diambil alih masih sedang dikaji.

Penyelesaiannya akan mengambil kira maklum balas yang dikumpul melalui sesi pemeriksaan awam yang dijadualkan berakhir pada 31 Januari 2018.

Pengambilan sebenar tanah dijangka bermula pada pertengahan 2018.


 

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS