Paling Popular
Terkini

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini berkata formula pengagihan kerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk pilihan raya umum (PRU) ke-14 berdasarkan kompromi antara parti komponen.

“Pengagihan kerusi itu menunjukkan kami, parti-parti komponen, boleh berbincang dan berkompromi.

“Kami memutuskan formula itu bukan untuk kepentingan parti sendiri, namun berdasarkan kepentingan rakyat,” kata Lim kepada wartawan di Komtar, Pulau Pinang.

Pengagihan kerusi itu diumumkan Ahad lalu pada Konvensyen HARAPAN dengan masing-masing Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan bertanding 52 daripada 165 kerusi di Semenanjung, diikuti 51 kerusi oleh PKR, 35 oleh DAP dan 27 kerusi akan ditandingkan oleh Parti Amanah Negara (AMANAH).

Lim menjelaskan pengagihan kerusi itu bagi memudahkan empat parti komponen dalam HARAPAN, serta menambah jumlah itu tidak termasuk kerusi di Sabah dan Sarawak.

Beri pengajaran

Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata beliau terkejut dengan pihak yang mendakwa DAP hilang pengaruh kerana hanya bertanding 35 kerusi berbanding kerusi yang dipegang ketika ini sebanyak 38.

Lim turut mengulas kenyataan Presiden MCA yang menggesa pengundi Cina mencipta “tsunami keadilan” bagi melenyapkan “hipokrasi dan drama politik jelik” pembangkang dalam PRU akan datang.

Liow sebelum ini menggesa pengundi memberi pengajaran kepada veteran DAP Lim Kit Siang dan anaknya Guan Eng.

Lim menjelaskan bahawa kenyataan Liow itu hanya disiarkan oleh media tertentu sahaja.

“Kritikan MCA, terutama daripada presidennya Liow Tiong Lai, hanya disiarkan media berbahasa Inggeris dan Cina, kecuali New Straits Time, kita tidak nampak ia disiarkan media bahasa Melayu,” katanya.

“Dalam akhbar bahasa Melayu, mereka (BN) cuba menakutkan Melayu dengan berkata DAP merupakan parti dominan (dalam HARAPAN),” tambahnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS