Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kajian: Ketakutan Melayu Johor terhadap DAP sukarkan BERSATU
Diterbitkan:  Jan 11, 2018 8:14 PM
Dikemaskini: 1:31 PM

Ketakutan meluas terhadap DAP di kalangan pengundi Melayu Johor menyukarkan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang akan datang, menurut satu kajian.

Kaji selidik menerusi panggilan telefon di kalangan 1,100 responden Melayu di negeri itu antara Mei dan Jun 2017 mendapati 85 peratus orang Melayu Johor tidak berpihak kepada DAP, kata penganalisis Wan Saiful Wan Jan dalam satu kertas kerja yang diterbitkan oleh Iseas Institut Yusof Ishak Singapura.

"Kekuatan semasa DAP di negeri ini masih menimbulkan rasa takut di kalangan pengundi Melayu luar bandar di sana. Mereka melihat undi untuk BERSATU sebagai undi untuk DAP kerana kedua-duanya berada dalam gabungan yang sama," tulis Wan Saiful dalam kertas itu.

Kekuatan DAP Johor merujuk kepada 13 kerusi di Dewan Undangan Negeri yang ditandinginya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, yang tertinggi di kalangan parti pembangkang.

BERSATU yang merupakan parti serpihan Umno, hanya mempunyai satu kerusi negeri di Johor.

Dalam kaji selidik telefon yang sama yang dijalankan oleh Iseas Institut Yusof Ishak yang melibatkan responden bukan Melayu, keadaan itu kelihatan jelas tidak menyebelahi BERSATU.

Enam puluh peratus responden tidak memihak kepada BERSATU manakala hanya 2.7 peratus akan mengundi parti itu jika pilihan raya diadakan pada masa tinjauan.

Hanya 2.2 peratus berkata mereka akan mengundi Pakatan Harapan (HARAPAN).

Bagaimanapun, Wan Saiful memberi amaran bahawa kaji selidik telefon itu mungkin tidak memberikan gambaran sepenuhnya.

Dalam wawancara di lapangan yang dijalankannya, Wan Saiful berkata antara lain orang Melayu Johor menganggap "majoriti Cina DAP" akan menyebabkan risiko hak keistimewaan mereka terhakis.

Beliau berkata penduduk kampung yang ditemuramah untuk kertas kerja itu sering memberi analogi bahawa orang Melayu di Johor mungkin dipinggirkan seperti orang Melayu Singapura, yang mereka percaya diskriminasi oleh parti pemerintah PAP.

"Menariknya, walaupun banyak daripada mereka menyebut contoh Melayu Singapura, tiada seorang pun penduduk yang ditemubual telah melawat negara itu atau mengenali orang Melayu dari Singapura," kata penganalisis itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS