Paling Popular
Terkini

ULASAN l Pada tahun 1988, Arsene Wenger membimbing pasukan Monaco.

Dan pada tahun yang sama juga Wenger membawa George Weah, seorang pemain Liberia dalam pasukannya.

Bagi Wenger, perjalanan kehidupan Weah menakjubkan dan beliau sentiasa mempunyai misi yang perlu disempurnkannya, lantas menjadikan dirinya istimewa kepada orang sekelilingnya.

Wenger yang kini menjadi jurulatih kepada Arsenal menggambarkan betapa karismanya Weah sebagai pemimpin bukanlah sesuatu yang dibuat-buat.

Tidak hairanlah ada yang memanggil beliau sebagai "Mr George", kata Wenger ketika di Monaco.

Pada tanggal 22 Januari lalu, Weah diangkat sebagai presiden Liberia yang baru dalam usia 51 tahun.



Beliau menggantikan Ellen Johnson Sirleaf yang berjasa selama 12 tahun dan berjaya menghilangkan rasa takut terhadap perang saudara yang melanda negeri Afrika Barat itu.

Mantan pemain kelab AC Milan itu juga dalam majlis pengisytiharannya sebagai presiden memberikan tawarannya kepada rakyat Liberia yang mahu memakmurkan negeri naungannya dan mencipta lapangan kerja buat rakyatnya.

Ya, tugas George Weah bukanlah mudah di saat Liberia berada di tangga 177 negara termiskin daripada 188 buah negara.

Namun semangat beliau yang mahu reformasi institusi berlaku itu bukanlah omong kosong.

Buktinya dia bersetuju dan berjanji bagi memotong 1/4 gajinya untuk ditempatkan ke dalam kantung pembangunan negeri Liberia.

"Taraf ekonomi kita rosak, mata wang kita jatuh, pemimpin kita gagal, inflasi meningkat".

Itulah pidota beliau sehari selepas dilantik sebagai presiden Liberia di Monvaria.

Di Liberia pimpinan barunya menggunakan bahagian gajinya untuk melihat anak bangsa negaranya terbela. Pimpinan kita?

Mereka bukan saja membelanjakan wang negara untuk memenuhi kehendak peribadi mereka, malah mereka tidak malu menjadikan rakyat sebagai tempat memerah dana atas alasan demi kebaikan negara.

Jadi pilihan di tangan kita, sama ada memilih kerajaan yang baru atau mengekalkan perdana menteri pemain golf.


Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS