Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'SPRM perlu siasat dakwaan Azeez terima RM3juta'

Beberapa pihak melahirkan rasa terkejut kerana seorang ahli politik Umno dan ahli perniagaan telah dibayar jutaan ringgit untuk kerja perundingan projek terowong dasar laut oleh Consortium Zenith Construction Sdn Bhd.

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy berkata ini kali pertama beliau diberitahu berkenaan hal ini.

"Saya sebenarnya terkejut mendangar hal ini. Saya terperanjat mendengar sebuah firma membayar ahli politik dan ahli perniagaan untuk projek terowong itu," katanya.

"Apa kerja perundingan yang membolehkan mereka menerima bayaran itu? Dan sekarang adakah mereka mendapat surat tuntutan guaman itu kerana mereka tidak melakukan kerja-kerja perundingan itu?

"Ahli politik Umno dan ahli perniagaan itu mesti tampil membersihkan nama beliau dan menjelaskan kenapa mereka telah mengambil wang untuk projek ini," kata Ramasamy.

"Tetapi memandangkan perkara ini telah dilaporkan, SPRM perlu menyoal individu yang menerima wang tersebut," Ramasamy memberitahu Malaysiakini.

Beliau merujuk kepada Zenith yang telah menghantar surat tuntutan kepada Anggota Parlimen Umno dari Baling Datuk Abdul Azeez Rahim dan seorang ahli perniagaan atas bayaran RM3 juta dan RM19 juta masing-masing untuk kerja perundingan berkaitan projek terowong itu.

CEO Zenith Zarul Ahmad Zulkifli ketika dihubungi berkata sedang bercuti dan enggan mengulas hal itu.

Beberapa panggilan terhadap Azeez yang juga pengerusi Tabung Haji itu tidak berjawab kecuali panggilan pada jam 11.55 pagi tadi yang mana ahli politik itu berkata, "maaf, tidak boleh bercakap sekarang."

Para pemimpin BN Pulau Pinang - ketuanya Teng Chang Yeow dan ADUN Pulau Betong Muhamad Farid Saad - yang lantang dalam isu ini mengatakan ia sebagai 'skandal' enggan mengulas lanjut perkara ini.

Konsortium itu yang ditubuhkan pada 2013 bagi melaksanakan projek tersebut selepas mendapat kontrak projek bernilai RM6.3 bilion melalui bidaan tender terbuka oleh kerajaan Pulau Piang.

Sumber yang boleh dipercayai memberitahu Malaysiakini semalam surat tuntutan telah dihantar kepada individu terbabit pada 24 Februari lalu.

Sumber yang boleh dipercayai itu turut memberitahu Malaysiakini bahawa jumlah berkenaan dibayar Zenith kepada dua pihak berkenaan bagi khidmat rundingan pengurusan risiko dan pematuhan peraturan berhubung projek terowong dasar laut sepanjang 7.2km.

 

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS