Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Masalah air Selangor lebih teruk daripada 1MDB, kata Najib

PARLIMEN l Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan masalah bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur sebagai lebih teruk daripada isu 1MDB.

Najib (BN-Pekan) menjawab soalan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) tentang sama ada peningkatan jumlah pembayaran faedah hutang negara mempunyai kaitan dengan isu 1MDB, atau ada sebab lain.

Ia merupakan soalan pertama dalam sesi soal jawab menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Namun sebelum Azmin sempat menghabiskan soalannya, beberapa anggota parlimen BN mengganggunya dan ada antara mereka seperti Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (BN-Baling) membangkitkan masalah air di Selangor.

Apabila Dewan Rakyat kembali tenang, Najib menjawab, "Saya ingin menegaskan bahawa kemelut air di Selangor lebih kritikal."

Jawapan itu menyebabkan Dewan Rakyat kembali kecoh dengan beberapa anggota parlimen BN mengecam Azmin (gambar) sementara beliau bertegas agar Najib menjawab soalan itu secara lebih jelas.

Dalam soalannya, Azmin memetik laporan akhbar Straits Times Singapura bertarikh 16 Februari lalu yang mengatakan beban faedah Malaysia kurang 9 peratus daripada pendapatan kerajaan pada 2009, ketika Najib mula menggantikan Tun Abdullah Badawi sebagai perdana menteri.

Ia meningkat kepada 12.5 peratus pada 2016. Sebagai perbandingan, Singapura hanya menggunakan 6.1 peratus daripada pendapatan negara untuk tujuan sama pada tahun itu.

Laporan tersebut adalah respons kepada kenyataan Najib bahawa hutang Malaysia pada tahun lalu - RM685.1 bilion - adalah lebih baik daripada kebanyakan negara lain kerana ia hanya 50.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Malaysia lebih baik daripada negara maju seperti Singapura pada kadar 112 peratus, United Kingdom 89.3 peratus, dan Kanada 92.3 peratus," katanya seperti dipetik laporan itu.

Malaysia kategori 'A'

Najib kemudian berkata saiz hutang bukan ukuran utama ekonomi negara tetapi kemampuan kerajaan untuk membayarnya semula.

"Soalnya bukan sangat saiz hutang, tetapi kemampuan kita (untuk) membayar balik. Jika Yang Berhormat sebut Singapura, hutang negara itu labih besar. Tetapi kemampuannya untuk bayar balik tetap ada.

"Jadi kita ada kemampuan untukl bayar balik. Ini tidak boleh dipersoalkan kerana badan penarafan antarabangsa meletakkan Malaysia dalam kategori 'A'.

"Ini bermakna kewangan negara termasuk hutang diuruskan dengan baik. Dengan harapan masalah air di Selangor jua diselesaikan dengan baik," katanya lagi.

Lihat Komen
ADS