Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis Australia: Kes CID Bkt Aman berkaitan siasatan wang haram

Pasukan Polis Australia (AFP) berkata penyitaan A$320,000 (RM985,000) milik Pengarah Jabatan Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd adalah berdasarkan syak wasangka bahawa undang-undang anti pengubahan wang haram negara itu telah dicabuli.

Kenyataan itu dibuat susulan soalan Malaysiakini yang memohon penjelasan lanjut daripada polis Australia berhubung kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang mendakwa bahawa Australia telah membersihkan Najmuddin daripada sebarang kesalahan jenayah.

Seorang jurucakap AFP berkata tindakan pelucuthakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah Australia 2002 mensasarkan aset dan bukannya individu.

"Prosiding dalam perkara yang disebut dalam soalan anda telah dimuktamadkan oleh perintah pelucuthakan pada April 2017.

"Prosiding ini adalah gerakan sivil berdasarkan tindakan jenayah dan dibawa ke atas harta (baki kredit akaun bank tertentu) dan bukannya terhadap seseorang.

"Tindakan ini berdasarkan wujudnya syak wasangka yang munasabah terhadap deposit secara berstruktur yang tidak sah ke dalam akaun bank tertentu yang bertentangan dengan undang-undang anti pengubahan wang haram Australia," kata jurucakap itu kepada Malaysiakini.

Akhbar Sydney Morning Herald, Australia pada 2 Mac melaporkan polis negara itu melucutkan lebih RM971,800 wang Wan Ahmad, yang disyaki merupakan wang haram hasil penggubahan.

Laporan itu juga mendakwa pegawai kanan polis Malaysia yang dikaitkan itu tidak menuntut semula dana berkenaan.

Fuzi pada 15 Mac lalu, membersihkan Wan Ahmad daripada sebarang salah laku berdasarkan siasatan dalaman yang dijalankan dan memaklumkan bahawa dana itu diperoleh daripada menjual kediamannya di Shah Alam untuk membiayai pendidikan anaknya di Australia.

Ketua polis negara itu juga berkata Wan Ahmad tidak cuba mendapatkan semua wangnya yang dirampas itu kerana kos guaman yang tinggi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS