story images
story images
mk-logo
Berita
'Manifesto HARAPAN cuma sebut perkataan Cina 5 kali'
Diterbitkan:  Mar 19, 2018 9:05 PM
Dikemaskini: 1:10 PM

Jurucakap publisiti MCA Ti Lian Ker mendakwa DAP cenderung beralih ke 'dasar berasaskan etnik' yang dikuasai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) selepas mendapati manifesto pilihan raya HARAPAN cuma menyebut perkataan 'Cina' sebanyak lima kali.

Sebaliknya, Ti berkata manifesto HARAPAN menyebut perkataan 'bumiputera' sebanyak 25 kali, 'Melayu' sebanyak 35 kali, 'India' sebanyak 48 kali dan 'Orang Asli' sebanyak 24 kali.

"Orang Cina Malaysia terdiri daripada 26 peratus penduduk negara yang membentuk kumpulan etnik kedua terbesar di Malaysia.

"Tapi, keseluruhannya 'pribumi' disebut 60 kali dan 'India' disebut lebih 10 kali ganda daripada perkataan 'Cina' dalam manifesto HARAPAN.

"Hal ini menunjukkan DAP memandang mudah pengundi Cina.

"Tanpa mempedulikan keperluan dan kepentingan orang Cina Malaysia, DAP hanya berminat mendapatkan undi Melayu dan India walaupun mendakwa tidak perkauman," kata Li dalam kenyataan media hari ini.

Ti turut mengkritik manifesto pilihan raya PAS yang diumumkan semalam, mendakwa PAS mahu melaksanakan hukuman jenayah agama yang lebih ketat.

Beliau berkata ia berbeza dengan BN yang bercakap soal toleransi, kepelbagaian kaum dan budaya.

Menurut Ti lagi, ketika BN bergerak ke hadapan dengan dasar kepelbagaian budaya, DAP pula melakukan sebaliknya.

"Ketika BN bergerak ke arah meritokrasi yang mana bantuan perlu diberikan berasaskan keperluan dan bukannya dasar yang berasaskan etnik, cukup mengecewakan manifesto HARAPAN yang diperkatakan itu tidak dapat menyembunyikan dasar yang dijanjikan untuk bumiputera," kata Ti yang juga Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA itu.

Ti mendakwa DAP sedang cenderung ke arah polisi sosial dan ekonomi yang mengutamakan pemilikan bumiputera.

Lihat Komen
ADS