Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Mukhriz tak tahu Cambridge Analytica terlibat PRU13 di Kedah

Bekas pengerusi Umno Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengaku tidak tahu-menahu berkenaan kegiatan firma data Cambridge Analytica (CA) ketika pilihan raya umum ke 13 lalu.

Ketika itu, beliau mengetuai kempen BN di Kedah. PRU13 di Kedah ditampilkan pada laman CA sebagai antara kajian kes hasil kerja mereka.

"Saya tidak pernah kenal CA atau pernah melibatkan mereka untuk membuat sebarang kerja. Jika mereka mendakwa terlibat dalam PRU13 di Kedah, saya tidak sedar akan perkara tersebut.

"Tiada satupun strategi dan taktik yang saya gunakan sebagai pengarah pilihanraya untuk BN Kedah diambil daripada nasihat CA.

"Barangkali mereka memberi khidmat konsultan dengan Pejabat Perdana Menteri atau ibu pejabat BN," kata beliau kepada Malaysiakini melalui pesanan teks.

Mukhriz yang kini Naib Presiden BERSATU berkata beliau kenal akan Azrin Zizal yang mengetuai firma CA di Asia Tenggara melalui syarikat SCL Group.

Bagaimanapun, beliau berkata hal itu tidak bermaksud Azrin bekerja dengan SCL serentak dengan pekerjaannya di bawah Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa (MITI).

"Jika Azrin katakan dia menjadi kakitangan CA semasa bekerja dengan saya, maka itu suatu gambaran yang salah.

"Dia hanya bekerja untuk saya antara tahun 2009-2013 ketika saya di MITI. Saya tidak mengambil beliau bekerja ketika saya berpindah portfolio menjadi menteri besar Kedah," kata beliau.

Azrin pada ketika itu adalah setiausaha akhbar Mukhriz.

Pada laman web CA, mereka mendakwa menyokong kempen pilihan raya BN di Kedah dengan 'kempen pesanan yang terarah sasarannya' bagi menonjolkan pembaikan sekolah-sekolah di Kedah semenjak tahun 2008.

CA memaklumkan hasilnya BN menang besar di negeri itu dengan menang 21 daripada 26 kerusi DUN dan 10 daripada 15 kerusi parlimen di Kedah.

Baru-baru ini, firma CA disiasat atas dakwaan amalan tidak beretika dalam mendapatkan data dan kempen pilihan raya, khususnya kempen pilihan raya Presiden Amerika Syarikat pada 2016.

Namun demikian, sebuah video intipan saluran Channel 4 di UK menunjukkan pengarah urusan bahagian pilitik CA, Mark Turnbull mengakui syarikat itu beroperasi di Malaysia.

Walaupun tidak mendedahkan buturan lanjut keterlibatan CA di Malaysia, Mark berkata tugas firma itu untuk mencari dan mensasarkan rasa ketakutan mendalam khalayaknya.

[Baca berita penuh]


Laporan tambahan oleh Norman Goh.

Lihat Komen
ADS