Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bolehkah berita palsu guna untuk Arul Kanda, soal MP DAP
Diterbitkan:  Mar 22, 2018 4:32 PM
Dikemaskini: 8:40 AM

Penggubal undang-undang DAP menyoal jika ketua pegawai eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy menyebarkan berita palsu.

Tony Pua bertanya jika undang-undang baru untuk mengekang penyebaran berita palsu itu akan digunakan ke atas Arul Kanda.

Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara itu mengulas kenyataan Arul bahawa kejayaan 1MDB patut diukur melalui pembinaan dua projek mega Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia.

Selain menyatakan pembangunan dua projek mega itu akan mengakhiri dakwaan pembangkang terhadap 1MDB, Arul juga berkata orang ramai boleh melihat dan menilai sendiri pembangunan yang sedang berkembang di sekitar TRX dan perhatian daripada pelabur asing dan dalam negeri.

Bagaimanapun, pengkritik lantang 1MDB itu tidak yakin dengan kenyataan Arul.

"Hal ini merupakan penipuan yang cuba disebarkan Arul kepada rakyat Malaysia.

"Sesiapa pun yang melalui Bandar Malaysia atau bekas pengkalan udara tentera Sungai Besi akan mendapati ia cuma sebidang tanah tanpa sebarang pembangunan lagi," kata Pua dalam suatu kenyataan media.

Beliau berkata pada 2015 Bandar Malaysia dijual kepada sebuah konsortium yang diketuai Iskandar Waterfront Sdn Bhd pada harga RM7.41 bilion tetapi urusu niaga tersebut ditamatkan tahun lalu kerana konsortium itu dikatakan gagal memenuhi tanggung jawab kewangannya.

Namun, Pua mengakui projek TRX lebih baik daripada Bandar Malaysia.

Meskipun demikian, Pua berkata Arul gagal menyatakan 1MDB membeli tanah TRX pada harga yang murah RM64 sekaki dan menjualnya kepada institusi berkaitan kerajaan pada harga yang melambung tinggi.

Beliau mendakwa Tabung Haji membeli sebidang tanah TRX pada 2015 dengan harga RM2,700 kaki persegi manakala syarikat berkaitan Lembaga Tabung Amanah Angkatan Tentera (LTAT), Affin Bank membeli sebidang lagi tanah dengan harga lebih RM4,500 sekaki.

"Malah untuk sebidang tanah seluas 3.4 ekar yang dijual 1MDB kepada pemaju hartanah swasta Indonesia, Mulia Property Development dengan harga RM665 juta, Kementerian Kewangan baru-baru ini perlu membeli 51 peratus pegangan dalam projek membangunkan menara pencakar langit The Exchange 106 yang dikatakan sebagai bangunan paling tingi di Asia Tenggara itu.

"Hakikatnya kerana projek ini telah diselamatkan Kementerian Kewangan maknanya ia bukan lagi projek 1MDB. Jadi, cubaan Arul mendapatkan nama atas projek yang bukan lagi milik 1MDB itu agak tidak boleh dibayangkan.

"Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari berkata sebarang maklumat berkaitan 1MDB yang tidak disahkan oleh krajaan dianggap sebagai berita palsu. Soalan yang paling utama, adakah Arul akan didakwa?" soal beliau.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS