Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ahok sah berstatus duda, Veronica janda
Diterbitkan:  Apr 4, 2018 2:08 PM
Dikemaskini: 6:12 AM

GLOBAL | Rumahtangga bekas gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama bersama Veronica Tan secara rasmi 'runtuh' hari ini selepas terbina kira-kira 21 tahun.

Ketetapan itu diputuskan majlis hakim yang bersidang di Jakarta bagi mendengar permohonan Basuki - atau lebih dikeali sebagai Ahok - untuk bercerai dengan Veronica.

Seramai tiga orang hakim mendengar permohonan berkenaan.

Mereka juga menyerahkan hak penjagaan anak pasangan terbabit kepada Ahok sesuai dengan permohonan yang dibuatnya sebelum ini.

Veronica, 40, diarah untuk membayar kos mahkamah sebanyak Rp476,000 (RM129).

Ahok, 51, mengemukakan permohonan untuk membubarkan perkahwinannya itu pada 5 Jan lalu dengan alasan wujud orang ketiga dalam rumahtangga mereka.

Sebelum ini pernah ada cubaan untuk menyelamatkan perkahwinan itu namun gagal menyelesaikan kemelut yang berlaku.

Salah seorang adik Ahok - yang juga peguamnya - Fifi Lety Indra mendakwa hubungan ahli politik terbabit dengan Veronica bermasalah sejak tujuh tahun silan.

Puncanya ialah seorang ahli perniagaan yang terus berhubung dengan Veronica walaupun selepas dinasihati oleh Ahok serta anak sulung mereka, Nicolas.


Baca Ahok: Isteri itu seperti kitab suci


Selepas berkahwin pada Sept 1997 Ahok dan Verconica dikurinakan tiga orang anak - Nicholas Sean, 20; Nathania Berniece, 17; dan Daud Albeenner, 12.

Ketika ini Ahok sedang menjalani hukuman penjara Depok, Jawa Barat selepas dituduh melakukan kesalahan menghina Islam.

Lihat Komen
ADS