Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahkamah Indonesia: Penyitaan Equanimity tak sah, perlu pulangkan

Penghakiman mahkamah daerah Jakarta Selatan memutuskan bahawa penyitaan kapal layar mewah Equanimity yang dikehendaki Jabatan Keadilan AS (DOJ) oleh polis Indonesia tidak sah.

"Hakim memutuskan penyitaan oleh polis tidak sah dan tidak mengikut undang-undang," kata hakim Ratmoho seperti dilapor The Straits Times.

Sementara itu, Malaysiakini menghubungi wakil peguam kepada pemilik kapal layar itu Andi F Simangunsong yang berkata pihak berkuasa Indonesia kini perlu memulangkan Equanimity.

"Hakim memutuskan penyitaan dilakukan secara non-procedural (tidak ikut prisedur). Kerana polis Indonesia bertindak atas permintaan FBI, maka seharusnya melalui proses Mutual Legal Assistance (Indonesia-AS).

"Tetapi siasatan polis tidak melalui MLA sebaliknya menggunakan proses biasa, maka dinilai tidak prosedural," katanya kepada Malaysiakini.

Simangunsong juga berkata keputusan itu tidak boleh dirayu.

Polis Indonesia dalam operasi bersama FBI pada 28 Feb lalu menyita Equanimity di perairan Bali.

DOJ dalam siasatannya berhubung dakwaan penyelewengan dana 1MDB menyeneraikan kapal bernilai AS250 juta itu sebagai antara barang yang didakwa hasil 1MDB.

Ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho yang merupakan pemilik kapal layar itu mengecam DOJ atas penyitaan berkenaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS