Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahkamah dakwa 'Datuk' akses komputer tanpa kebenaran

Mahkamah Sesyen Siber Kuala Lumpur mendakwa seorang ahli perniagaan wanita bergelar 'Datuk' kerana mengakses maklumat di Royal Lake Club tanpa kebenaran tiga tahun lalu.

Nika Gee Siew Yee, didakwa mengakses tiga fail mengenai mesyuarat yang diadakan di kelab itu pada komputer milik Brian Pereira, antara jam 8 pagi hingga 5 petang pada 29 September 2015.

Gee tidak mengaku bersalah dan memohon untuk dibicarakan dihadapan Hakim Zaman Mohd Noor. Kertas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh seorang jurubahasa.

Peguam R Ramesh Sivakumar mewakili Gee, manakala DPP Noor Jazilah Mohd Yushaa pula bagi pihak pendakwaan.

Jika didapati bersalah, Gee boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara lima tahun bagi kesalahan di bawah Seksyen 3 (1) Akta Jenayah Komputer 1997.

Representasi kepada Peguam Negara

Noor Jazilah memohon ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin tetapi Ramesh berkata tiada sebab anak guamnya mahu melarikan diri kerana dia tinggal di negara ini dan ikat jamin sebanyak RM 5000 sudah mencukupi.

Zaman kemudian mengenakan ikat jamin RM5000 serta memerintahkan Gee supaya tidak menemui atau mengganggu saksi-saksi kes yang berpotensi.

Ramesh memberitahu wartawan beliau telah menghantar hujah representasi kepada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali kerana hal ini telah lama berlaku. Bagaimanapun, Ramesh berkata mahkamah telah mendakwa anak guamnya hari ini.

"Saya akan terus membuat representasi (mewakili anak guamnya)," katanya, sambil menambah pertuduhan itu samar-samar kerana tidak mendedahkan maklumat yang diakses dan jika ia sulit.

Suatu representasi itu dibuat sama ada untuk mengurangkan atau menggugurkan sesuatu pertuduhan.

Kes ini menarik perhatian media kerana difahamkan Gee didakwa terkait dengan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dilaporkan pada September 2016, perkahwinan Gee dengan bekas Ketua Timbalan Pendakwaraya (DPP), Stanley Clement Augustin berakhir dengan perceraian.

Namun demikian, Muhyiddin menolak dakwaan kaitan itu sebagai tidak berasas dan berniat jahat.

"Semua dakwaan itu adalah fitnah yang berniat jahat dan hanya disebarkan untuk memusnahkan integriti saya dan berbau politik kotor," katanya.

Augustin juga sejak itu enggan mengulas mengenai isu tersebut.

[Baca berita penuh]
 

Lihat Komen
ADS