Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Misi Arul Kanda bersihkan imej 1MDB di kawasan 'kelabu' BN

PRU14 l | Di saat ahli politik sibuk bersiap sedia untuk PRU ke-14, Arul Kanda nampaknya turut sama membantu BN mengurangkan kesan ekoran skandal 1MDB di kawasan "kelabu" BN.

Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB itu difahamkan mengadakan jelajah penerangan isu 1MDB di seluruh negara.

Semalam beliau di Ampangan, Seremban. Program anjuran NGO pro-Umno, Kelab N87 itu menarik kira-kira 150 hadirin yang kebanyakannya Melayu dan sudah berusia, sebahagiannya memakai baju BN.

Ampangan adalah satu daripada enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalah Parlimen Seremban. Menurut daftar pemilih PRU lalu, ia merangkumi 61 peratus pengundi Melayu, Cina (29 peratus) dan India (8 peratus).

Pada PRU 2013, BN merampas kembali kerusi DUN itu daripada PKR dengan hanya majoriti 68 undi.

Dalam kata lain, ia boleh dianggap kerusi "paling kelabu" buat BN di negeri itu.

Namun menerusi persempadanan semula, Suruhanjaya Pilihan Raya memindahkan daerah mengundi Taman Rahang (2,023 pengundi) dan Rahang Timor (1,321 pengundi) dalam DUN itu ke Parlimen Rasah. Daerah mengundi Medan Rahang (1,461 pengundi) pula dipindahkan ke Ampangan.

Tiga daerah mengundi itu dimenangi pembangkang pada PRU lalu. Selepas persempadanan semula, jumlah pengundi Ampangan berkurang sebanyak 1,883, menjadikan tugas PKR di situ semakin sukar.

Namun ia tidak menjadikan BN merasa selesa. program yang dinamakan sebagai Bicara Isu semasa itu bukan saja menampilkan Arul Kanda, tetapi posternya turut memaparkan Menteri Besar sementara Datuk Seri Mohamad Hasan dan penyandang kerusi DUN Ampangan Abu Ubaidah Redza.

Mohamad Hasan bagaimanapun tidak hadir, manakala Abu Ubaidah walaupun hadir tidak memberikan sebarang ucapan.

1MDB masalah perniagaan

Ketika ditemui pemberita sebelum program, Arul Kanda mendakwa beliau bukan berkempen untuk BN tetapi menjelaskan isu 1MDB kepada rakyat dari perspektif perniagaan.

Dalam ucapannya, beliau menyifatkan skandal 1MDB sebagai "masalah perniagaan", dan menegaskan dananya tidak pernah hilang.

Katanya syarikat itu belum didapati bersalah atas sebarang jenayah walaupun disiasat oleh beberapa negara.

Beliau juga mendakwa Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), yang turut disertai anggota parlimen pembangkang seperti William Leong dan Tony Pua, tidak menemui sebarang salah laku dalam 1MDB.

Beliau membidas pembangkang kerana menurutnya menggunakan isu itu demi kepentingan politik.

Beliau juga menyatakan simpatinya terhadap naib pengerusi PAC Tan Seng Giaw (gambar) ekoran tidak dicalonkan pada PRU kali ini.

Menurutnya, ia ekoran tindakan pemimpin DAP itu mempertahankan Datuk Seri Najib Razak dalam skandal itu.

"Tiada syarikat lain di Malaysia yang disiasat begitu banyak.

"Malah PAC sendiri, dan orang nombor duanya Tan Seng Giaw telah berkata Najib tidak melakukan sebarang kesalahan...Ini bukan kata-kata Arul Kanda," katanya kepada hadirin.

"Tetapi beliau digugurkan (daripada bertanding)...Anda boleh lihat bagaimana pembangkang bertindak."

Secara berjenaka, beliau berkata hanya mahu menyatakan kebenaran walaupun dirinya mampu bercakap dengan gaya seorang ahli politik.

"Saya ada gaya politik? Bila hari penamaan calon, saya ada peluang? Tolong beritahu Najib," katanya.

Pada pilihan raya kali ini, PKR dijangka mencalonkan Mohad Rafie Ab Malek yang tewas dengan perbezaan 4,065 undi pada PRU 2004, manakala PAS pula mempertaruhkan Pesuruhjaya Negeri Mustaffa Daharun.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS