Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

CALONKINI l Ada yang mungkin tahu bahawa Naib Ketua Wirawati Parti Warisan Sabah, Jo-Anna Sue Henley Rampas adalah bekas juara Ratu Unduk Ngadau atau naib juara Bintang RTM pada tahun 2009, atau mungkin sebagai seorang model semasa menuntut di universiti.

Tetapi Rampas baru-baru menjadi tumpuan apabila dikhabarkan akan menjadi calon WARISAN untuk berdepan dengan penyandang ADUN Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai, seorang bekas wartawan.

WARISAN hari ini mengesahkan bahawa Rampas menjadi calon parti itu di Kiulu.

Dikurniakan wajah yang menawan dan penampilan yang menarik, gadis berusia 29 tahun itu cuba meyakinkan orang ramai bahawa dia bukan sekadar berwajah cantik.

Dalam satu temu bual dengan Malaysiakini, Rampas mengakui bahawa tidak salah bagi beliau untuk berkata, bahawa dirinya memang dianugerahkan dengan "kecantikan".

"(Tetapi) untuk menjadi adil, apa yang saya fokuskan ialah memenangi undi majoriti, mungkin ini adalah bonus, kecantikan yang dianugerahkan oleh Tuhan.

"Fokus saya bukan pada 'oh, kamu adalah Ratu Unduk Ngadau' kerana saya menyertai politik kerana ingin membuat perubahan untuk komuniti saya, terutama di Kiulu.

"Saya mahu memenangi pilihan raya. Saya berharap orang ramai akan menilai bagaimana saya akan membawa diri di kampung," katanya.

Rampas juga menafikan bahawa WARISAN menggunakannya untuk mendapatkan undi.

"Saya tidak mahu orang melihat saya seolah-olah pergi ke sana-sini untuk mengiklankan diri. Tidak, saya ingin pergi ke sana-sini dan memberitahu orang ramai yang kita perlu buat perubahan.

"Ada kala, ada juga yang berfikir bahawa saya menggunakan kecantikan untuk memancing undi, saya tidak mahu orang memikirkan saya seperti itu."

Menurut Rampas, penyertaannya dalam pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau hanya berlaku sekali dan pada 11 tahun lalu.

"Jangan lihat apa yang saya lakukan pada masa lalu, saya sudah dewasa sejak itu, ketika itu saya berumur 18 tahun, sekarang saya berusia 29 tahun," katanya.

Dilahirkan di Kota Kinabalu dan dibesarkan oleh neneknya di Kiulu sehingga beliau berumur sembilan, Rampas kemudian berpindah ke Penampang dan tinggal di sana sehingga berusia 17 tahun.

Semasa mempelajari undang-undang di Kuala Lumpur, Rampas terbabit dengan bidang nyanyian dan pemodelan.

"Ketika saya seorang pelajar, saya perlukan pendapatan tambahan," kata Rampas yang sering tersenyum.

Rampas melanjutkan pengajiannya ke peringkat sarjana dalam undang-undang di England dan kemudian bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi di negara itu.

Dilahirkan oleh ibunya yang berbangsa Kadazandusun dan bapa, seorang Inggeris, Rampas, mengakui kencenderungannya adalah mengutamakan orang ramai.

"'Saya tidak pernah terfikir akan menjadi seorang ahli politik, tetapi saya gembira jika dapat menymbang semula kepada masyarakat.

"Sememangnya, saya suka berjumpa dengan orang ramai, saya suka berhubungan dengan orang ramai dan mendengar masalah mereka.

"Saya mahu berkhidmat kepada rakyat, saya sangat menyukainya. Dalam apa jua kapasiti yang saya boleh, itulah yang saya mahu lakukan," katanya.

Anak sulung dari tiga adik-beradik itu juga mengakui pertandingan Ratu Unduk Ngadau adalah batu loncatan untuk dirinya membantu masyarakatnya.

"Mudah-mudahan jika Tuhan izinkan kami menang, saya akan lakukan sesuatu untuk rakyat,” janji Rampas.

Walaupun tidak pernah membayangkan dirinya sebagai ahli politik, Rampas berkata beliau sentiasa berminat dalam politik.

Datuk sebelah ibunya adalah pemimpin masyarakat di Kiulu.

"Ini antara sebab kenapa saya sertai politik. Saya dibesarkan dalam persekitaran di mana datuk saya adalah ketua masyarakat.

"Saya dibesarkan dengan ibu saya bertanding pada tahun 1994 di bawah BN dan pakcik saya juga bertanding di bawah BN."

Bapa saudara Rampas, Louis Rampas, adalah wakil rakyat tiga penggal Kiulu.

Louis digantikan oleh Bangkuai pada pilihan raya umum yang lalu. Walau bagaimanapun, Bangkuai memenangi majoriti tipis sebanyak 44 undi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS