Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Tommy calon AG, HARAPAN tak beza dengan BN'
Diterbitkan:  Jun 4, 2018 6:00 PM
Dikemaskini: 10:25 AM

Pakatan Harapan (HARAPAN) dituduh menggalakkan kronisme dengan menamakan Tommy Thomas sebagai satu-satunya calon jawatan peguam negara, kata kumpulan peguam.

Mereka berhujah Thomas ialah peguam kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam kes rasuah yang sedang dibicarakan.

Setiausaha Agung Concerned Lawyers for Justice (CLJ) Fatihah Jamhari dan ketua eksekutif Young Professionals (YP) Faidhur Rahman Abdul Hadi menuduh HARAPAN bertindak berlawanan dengan janji memulihkan kedaulatan undang-undang.

"Cadangan pelantikan Thomas hanya akan menebalkan tanggapan bahawa kerajaan baru ini mempunyai semua ciri-ciri kerajaan BN lama dalam hal kronisme dan penyalahgunaan kuasa, kerana dia (Tommy) ialah peguam Lim dalam kes rasuah yang sedang dibicarakan.

"Cukup jelas konflik kepentingan," kata kumpulan itu dipetik The Star.

Nasihat AG berkaitan undang-undang Islam

Kumpulan itu juga mendakwa pada 21 Mei lalu, mahkamah telah menangguhkan kes Lim kerana peguam-peguamnya merancang untuk membuat semakan bagi menggugurkan tuduhan dengan AG baru atas alasan pendakwaannya bermotifkan politik.

Kumpulan peguam ini juga membangkitkan isu nasihat peguam negara mengenai perkara berkaitan undang-undang Islam.

"Peguam Negara bertanggungjawab bukan sahaja dari segi pendakwaan dan tindakan undang-undang saman kerajaan, tetapi juga memberi nasihat undang-undang kepada Kerajaan mengenai semua perkara yang berkaitan dengan undang-undang seperti yang dinyatakan dalam Perkara 145 (2).

"Ini termasuk nasihat undang-undang Islam atau undang-undang lain yang mempengaruhi lima tonggak kontrak sosial kami di bawah Perkara 3, 152, 153, 181 & Bahagian III (Perlembagaan).

"Bagaimanakah kami boleh mengharapkan orang yang tidak kenal dengan keunikan Perlembagaan untuk bekerja demi kepentingan terbaik menjaga kepentingan yang ada di dalamnya?


BACA: Peguam: Pencalonan AG bukan MP tak langgar manifesto HARAPAN


"Sebagai contoh, Thomas pernah menyatakan dengan jelas bahawa Malaysia adalah negara sekular.

"Dia juga berkata pada masa lalu bahawa Rukun Negara tiada asas undang-undang. Ini tidak termasuk perasaan peribadinya kepada Chin Peng, seorang komunis, yang dianggap sebagai pemberontak di negara ini," dakwa mereka.

CLJ dan YP juga mendakwa Thomas tidak boleh bertutur dengan baik dalam bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia.

Lihat Komen
ADS