Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Peguam: Pencalonan AG bukan MP tak langgar manifesto HARAPAN
Diterbitkan:  Jun 4, 2018 3:28 PM
Dikemaskini: 7:34 AM

Dua peguam berpendapat keputusan kerajaan mencadangkan nama peguam negara (AG) yang bukan dari kalangan anggota parlimen tidak bertentangan dengan janji yang dibuat Pakatan Harapan (HARAPAN) sebelum pilihan raya.

Kedua-dua peguam itu merujuk laporan Malaysiakini yang menyorot Janji 15 HARAPAN dalam manifestonya untuk melantik peguam negara dari kalangan anggota parlimen.

Bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan berkata untuk melaksanakan janji itu memerlukan pindaan perlembagaan.

"Sebelum itu dilakukan, cara pelantikan yang ada sekarang perlu digunakan," kata Ambiga melalui Twitter semalam.

Ketika ini, Artikel 145(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Yang di-Pertuan Agong perlu melantik seseorang yang layak menjadi hakim Mahkamah Persekutuan sebagai peguam negara berdasarkan nasihat daripada perdana menteri.

Setakat ini, masih tidak dapat dipastikan anggota parlimen HARAPAN yang layak menjadi hakim Mahkamah Persekutuan.

Seorang lagi peguam Teo Nie Ching berkata HARAPAN juga berjanji memisahkan peranan pendakwa raya dan peguam negara.

Untuk melaksanakan perkara itu, kata Teo, turut memerlukan pindaan perlembagaan.

"Bagaimanapun, untuk melakukan perkara itu, kita perlu pinda perlembagaan. HARAPAN tidak mempunyai dua per tiga majoriti dalam Dewan Rakyat.

"Meskipun kita berjaya meyakinkan anggota parlimen pembangkang menyokong cadangan ini, ia memerlukan masa untuk diluluskan.

"Namun kita memerlukan peguam negara baru untuk mengembalikan keyakinan terhadap sistem kehakiman. Kita memerlukan peguam negara baru sekarang," kata Teo yang juga merupakan anggota parlimen Kulai.

Dengan mencalonkan anggota parlimen HARAPAN sebagai peguam negara, tambah Teo, akan menyebabkan keberpihakan peguam negara dipersoalkan.

"Jika kita tidak boleh percaya Tan Sri Mohamad Apandi Ali untuk mendakwa bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, orang awam juga susah untuk yakin anggota parlimen HARAPAN yang menjadi peguam negara akan berani mendakwa menteri dari HARAPAN," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS