Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ada dokumen buktikan SSER terkait 1MDB, kata Guan Eng

Dalam pendedahan "urus niaga yang mencurigakan" yang terlibat dalam dua projek kerajaan bernilai hampir RM10 bilion,

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata "urus niaga mencurigakan" yang melibatkan dua projek kerajaan bernilai hampir RM10 bilion itu turut melibatkan syarikat yang terkait dengan syarikat pelaburan strategik negara yang bermasalah, 1MDB.

Syarikat yang dipersoalkan itu ialah Suria Strategic Energy Resources (SSER), anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan yang ditubuhkan pada Mei 2016 untuk memasang Pipeline Multi-Product (MPP) di Melaka dan Paip Gas Trans-Sabah (TSGP).

Hari ini, Lim mempersoalkan mengapa SSER telah membayar RM8.25 bilion atau 87.7 peratus daripada jumlah nilai projek sedangkan hanya 13 peratus kerja pembinaan telah dilakukan.

"(Saya) mengesyaki bahawa ini semua sebahagian daripada skandal 1MDB," katanya pada sidang akhbar di Kementerian Kewangan di Putrajaya.

Mengulas soalan jika terdapat bukti kaitan jelas antara SSER dan 1MDB, Lim menjawab dengan tegas berkata tanpa bukti beliau tidak akan bercakap hal itu, malah menyebut nama ahli perniagaan Jho Low.

"Jika kaitan itu tidak dibuktikan, saya tidak akan mengatakan (saya) sangat mengesyaki dan saya juga menyebut nama Jho Low dalam kenyataan saya.

"Kami ada dokumen untuk membuktikan bahawa ... Saya tidak (hanya) rasa-rasa (ada kaitan), saya tahu," katanya.

Terdahulu dalam sidang akhbar itu, Lim membacakan kenyataan yang mengatakan presiden SSER Datuk Mohammad Azhar Osman Khairuddin terlibat dalam syarikat lain yang berhubung langsung dengan Jho Low, yang nama penuhnya adalah Low Taek Jho.

SRC, SSER babitkan orang sama

SSER juga ditubuhkan oleh "orang yang sama" di belakang SRC International, bekas anak syarikat 1MDB, katanya.

"Saya dimaklumkan oleh pegawai perbendaharaan saya bahawa SSER merupakan cabang daripada sekumpulan orang yang sama di belakang SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

"SRC adalah singkatan dari Strategic Resources Corporation, nama yang sama dengan SSER.

"[...] perlu diperhatikan presiden SSER ialah Mohammad Azhar Osman Khairuddin, yang juga ahli lembaga pengarah syarikat tersebut.

"Beliau juga merupakan pengarah Putrajaya Perdana Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mempunyai hubungan langsung dengan Low Taek Jho," jelas Lim.
 

Lihat Komen
ADS