Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
S'pura: Jho Low dalam 'senarai merah' Interpol sejak 2016
Diterbitkan:  Jun 8, 2018 2:32 PM
Dikemaskini: 7:44 AM

Interpol telah meletakkan ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho dan Tan Kim Loong dalam senarai notis merah pasukan polis antarabangsa itu, sejak Oktober 2016 atas permintaan kerajaan Singapura.

Dalam satu kenyataan hari ini, tiga agensi penguatkuasaan Singapura berkata mereka mempunyai waran tangkap tertangguh terhadap kedua-dua suspek berkaitan 1MDB sejak April dan Mei 2016.

"Interpol mengeluarkan notis merah pada bulan Oktober 2016 terhadap Low dan Tan, yang disyaki telah melakukan kesalahan di Singapura dan tidak dapat ditemukan di sini.

"Semua anggota Interpol, termasuk di Malaysia, akan mengetahui notis merah apabila ia dikeluarkan," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara Singapura, Pasukan Polis Singapura dan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura.

Pemeriksaan di laman web Interpol tidak menyenaraikan Low dan Tan yang dikehendaki oleh Singapura. Anggota Interpol tidak diperuntukkan untuk menerbitkan perkara berkenaan.

Low dipercayai menikmati hubungan yang dekat dengan keluarga bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.Low juga dipercayai menjadi tokoh utama dalam urus niaga 1MDB yang sedang disiasat beberapa pihak berkuasa di seluruh dunia.

Switzerland dan Singapura telah memulakan tindakan undang-undang menghukum pegawai bank dan bank yang terlibat dalam transaksi 1MDB.

Pihak berkuasa Malaysia tidak berusaha keras sehingga BN digulingkan dari kuasa pada 10 Mei.

Beliau kini dikehendaki SPRM berhubung siasatan mengenai 1MDB dan SRC International Sdn Bhd.

Terdahulu hari ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Low berada di negara yang tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Malaysia.

 

Lihat Komen
ADS