Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Reformasikan Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia'

Jawatankuasa Reformasi Institusi digesa mengkaji Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) bagi menjadikannya lebih telus dalam fungsinya menyelesaikan pertikaian dan mencapai keputusan di luar mahkamah.

Sebelum ini, AIAC dikenali sebagai Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur (KLRCA).

Ia mempunyai tiga fungsi mandatori iaitu timbang tara antarabangsa, timbang tara domestik dan pertikaian pembayaran industri pembinaan.

Menurut peguam dan penimbang tara, Arun Kasi, pembaharuan ini boleh dilakukan dengan meminda Akta Timbang Tara 2005 untuk memasukkan fungsi pentadbiran ke dalam akta berkenaan.

Beliau berkata memandangkan hasil dan perbelanjaan AIAC dibuat berdasarkan undang-undang, maka perlu ada ketelusan, pertanggungjawaban dan urus tadbir yang baik dalam pengurusannya.

Pelantikan pengarah AIAC

"Kami tidak tahu berapa banyak pendapatan yang diterima dan berapa banyak yang dibelanjakan sepanjang tahun," katanya kepada Malaysiakini selepas menyerahkan memorandum dan cadangan mengenai AIAC di Menara Ilham semalam.

Tambahan pula, Arun berkata pelantikan pengarah AIAC atau bagaimana beliau dipilih tidak didedahkan.

Pada masa ini, Datuk Profesor, Sundra Rajoo (gambar, bawah) telah menjadi pengarahnya selama 13 tahun.

Peguam itu juga berkata memandangkan pelantikan lembaga penasihat AIAC berada dalam bidang kuasa pengarah, ia menimbulkan persoalan tentang bagaimana mereka dipilih dan jika ia dilakukan secara telus.

"Dengan perubahan dalam kerajaan saya fikir AIAC perlu diperbaharui untuk menjadi lebih telus kerana ia menjadi salah satu badan yang memberi keadilan kepada orang atau pihak yang terlibat dalam pertikaian," katanya.

"Ini seiring dengan hasrat kerajaan baru yang mahu semuanya telus," katanya.

Arun juga berkata cara bagaimana penyelesaian timbang tara tersedia secara terbuka tentang bagaimana seorang penimbang tara atau adjudikator dibuat mengikut Akta Timbangtara dan Akta Industri dan Pembayaran Industri Pembinaan 2012, pengarah membuat pelantikan itu.

Arun mempersoalkan AIAC atau pendahulunya KLRCA yang menganjurkan aktiviti pelancaran buku "Fiat Justitia" yang mengandungi hasil kerja dan penghakiman bekas hakim mahkamah persekutuan yang kemudiannya menjadi peguam negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada tahun 2016.

Lantikan ikut cadangan peguam negara

Oleh kerana pelantikan pengarah AIAC berdasarkan cadangan peguam negara, Arun mempersoalkan jika itulah puncanya AIAC dipilih sebagai tempat melancarkan buku itu.

Bagi mengelakkan semua ini, Arun mencadangkan kepada Jawatankuasa Pembaharuan Institusi supaya jawatan pengarah dipilih selama dua tahun sekali bagi memastikan ketelusan dan juga mencadangkan bahawa hal ini juga dilakukan dalam pelantikan penimbangtara dan adjudikator.

Arun juga mendakwa bayaran tinggi yang dikenakan AIAC dan tidak seperti yang dikenakan oleh mahkamah sivil akan menghalang peluang mendapatkan keadilan.

Beliau berkata bagi pelantikan penimbang ad hoc, bayaran yang dikenakan AIAC adalah RM1,500 sementara bayaran RM250 dikenakan untuk pendaftaran dan RM400 lagi untuk pelantikan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS