Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Dr M: Mungkin pasaran saham suka dengar pembohongan

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong pendirian kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang tegas terhadap kedudukan kewangan negara.

Beliau sebelum ini menetapkan tahap hutang negara pada lebih daripada RM1 trilion dan seterusnya membatalkan beberapa projek infrastruktur mega untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

Pengumuman ini telah menyebabkan pasaran saham merudum dan kerajaan dituduh "menakutkan" pasaran dengan pendedahan (skandal) dan langkah-langkah sedemikian.

Hari ini, Mahathir mempersoalkan jika pasaran saham lebih suka mendengar 'pembohongan' mengenai keadaan ekonomi negara.

"Suatu yang pelik apabila kita membuat sesuatu bagi memperbaiki keadaan kewangan dan ekonomi negara, pasaran saham terganggu.

Jaminan FDI

"Mereka rasa tak selesa dan sejumlah pelaburan telah ditarik keluar dari negara kerana terdapat perasaan di dalam pasaran saham bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan kerajaan.

"Kadang kala saya fikir pasaran saham lebih suka mendengar pembohongan mengenai betapa baiknya keadaan (ekonomi) kami daripada diberitahu kebenaran yang kami sedang melakukan pembersihan besar-besaran," beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 240 orang anggota American Chamber of Commerce di Kuala Lumpur yang mengundang tawa hadirin.

Ketika berucap, beliau berulang kali memberikan jaminan bahawa kerajaan HARAPAN mengalu-alukan pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini dan sangat menyokong syarikat multinasional untuk berjaya di Malaysia.

"Kami mahukan sektor swasta bekerjasama rapat dengan kerajaan dan kami mahu melihat kamu membuat keuntungan yang besar.

"Ini kerana 24 peratus (keuntungan) itu adalah wang kami (hasil cukai)," katanya bersambut tawa yang lebih meriah lagi daripada hadirin.

Mahathir menambah kejayaan sektor korporat akan memberi manfaat kepada ekonomi negara.

"Kami mendapati bekerja dengan sektor swasta menjadi suatu perkara yang sangat baik untuk mana-mana negara, kami tidak mahu menjadi antagonis, atau cemburu terhadap keuntungan yang dibuat pihak anda. Kerana kami tahu bahawa sektor swasta akan menjana kekayaan untuk negara ini," katanya.

Antara yang hadir majlis pada hari ini ialah eksekutif daripada Deloitte, West Digital, JP Morgan, AmMet Life dan Citibank.

[Baca berita penuh]
 

Lihat Komen
ADS