Kementerian Dalam Negeri (KDN) wujud prosedur tapisan keselamatan tambahan bagi pelancong warganegara China ke Malaysia, kata ketua setiausahanya, Datuk Seri Alwi Ibrahim.
Mendakwa laporan itu dipetik dari Malaysiakini, Alwi berkata KDN dan Jabatan Imigresen Malaysia tidak melakukan sebarang persetujuan mengenai prosedur tapisan keselamatan tambahan dalam proses permohonan visa Malaysia bagi pelancong dari semua negara termasuk rakyat China.
"Buat masa ini, pelancong yang ingin ke Malaysia akan memohon visa melalui dua pilihan saluran, iaitu yang pertama permohonan visa secara manual melalui Pusat Sehenti Setempat (OSC), dan kedua Permohonan visa secara atas talian (eVISA).
"Pelancong warganegara China boleh memohon visa Malaysia melalui pilihan atau opsyen yang diberikan dan juga opsyen ketiga melalui permohonan Electronic Travel Registration and Information (eNTRI), iaitu kemudahan khas yang diberikan kepada rakyat China sepanjang tempoh pelaksanaan pengecualian visa iaitu sehingga 31 Disember 2018," katanya dalam kenyataan media.
Alwi berkata, saringan keselamatan yang dilaksanakan oleh Jabatan Imigiresen adalah salah satu Piawaian Prosedur Operasi (SOP) sebelum kelulusan visa diberikan dan bertindak sebagai mekanisme awal bagi mengesahkan latar belakang pemohon.
Terdahulu, Bernama pada 10 Julai lalu melaporkan sebuah syarikat Malaysia sedang berganding bahu dengan rakan niaganya dari China untuk melaksanakan inisiatif penilaian keselamatan bagi rakyat China yang akan berkunjung ke Malaysia.
Baca: China laksana sistem praimbasan untuk rakyatnya di negara ini
Ketua pegawai eksekutif Ehsan Dermaga Sdn Bhd (EDSB) Adi Sasteria berkata inisiatif atas arahan kerajaan China itu merupakan sistem praimbasan dan tapisan kerajaan China bagi mengumpul data tentang rakyat negara ini sebelum mereka berkunjung ke Malaysia.
Data ini kemudian akan dikongsi melalui pendekatan sehala dengan kerajaan Malaysia, katanya.
