Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Ramkarpal MP pertama diarah keluar dewan
Diterbitkan:  Jul 18, 2018 3:15 PM
Dikemaskini: 2:18 PM

PARLIMEN | Ramkarpal Singh menjadi anggota parlimen pertama yang diarahkan keluar dari dewan oleh speaker Dewan Rakyat yang baru dilantik, Datuk Mohamad Ariff Yusof.

Ramkarpal diarahkan keluar Dewan Rakyat selepas enggan menarik balik kenyataannya yang menggelar Pemuda Umno sebagai "samseng".

Ramkarpal sebelum itu mengimbas kejadian pada 2009 ketika mendiang ayahnya, Karpal Singh dikepung oleh sekumpulan anggota Pemuda Umno.

Anggota parlimen pembangkang membantah istilah "samseng" yang digunakan dan seterusnya Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) membuat tuduhan serupa kepada anggota parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN).

Pada sesi pagi, timbalan speaker mengarahkan kedua-dua anggota parlimen menarik balik kenyataan mereka, namun kedua-duanya enggan.

Selepas sesi rehat, Mohamad Ariff pula yang mengulangi arahan itu kepada Ramkarpal dan Bung Moktar dengan menyifatkan perkataan "samseng" tidak sewajarnya digunakan dalam parlimen.

"Untuk memendekkan perkara ini, supaya kita boleh mendengar perbahasan Sungai Petani (Datuk Johari Abdul), kedua-dua anggota parlimen perlu menarik kenyataan tadi.

"Jika tidak, saya akan gunakan seksyen 44(2) peraturan Dewan Rakyat," katanya merujuk peruntukan yang membenarkan speaker menghalang anggota parlimen menyertai persidangan selama dua hari.

"Ini cuma perkara kecil. Jangan guna perkataan yang tidak sewajarnya di dalam dewan, kita perlu lebih matang," katanya.

Bagaimanapun, Ramkarpal menjawab: "Saya mohon maaf, tapi saya tidak boleh tarik balik.

Mohamad Ariff kemudian mengeluarkan amaran dan apabila Ramkarpal bertegas dengan pendiriannya, speaker mengarahkan agar anggota parlimen Bukit Gelugor itu diiringi keluar dewan.

Sementara Bung Moktar kemudian menarik balik kenyataanya dan dibenarkan berada di dalam dewan.

[Baca berita asal]

Sementara itu, Bernama melaporkan anggota Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh hari ini mencipta sejarah apabila menjadi wakil rakyat pertama dari kerajaan yang diarahkan keluar Dewan Rakyat dan digantung, kerana mengingkari arahan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Mohamad Ariff membuat keputusan itu mengikut Peraturan Mesyuarat 44(2) setelah persidangan dewan bersambung pada sebelah petang kerana Ramkarpal enggan menarik balik perkataan ‘gangster’ yang dilemparkan kepada pemuda Umno semasa mencelah Anggota Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul yang membahaskan titah ucapan Yang di-Petuan Agong hari ini.

Bagaimanapun, Mohamad Ariff tidak menyatakan tempoh penggantungan Ramkarpal.

"Saya beri amaran pertama, (sila) tarik balik. Kita ingin meneruskan dengan ucapan (perbahasan) Sungai Petani.

"Anda Hormat. Ini adalah perjalanan mesyuarat hari ini . Tarik balik…..Bentara, sila jalankan tugas,” kata Mohamad Ariff merujuk kepada perintah membawa keluar Ramkarpal.

Ketika ditemui media di ruang legar Parliament, Ramkarpal tidak berganjak mengatakan babahawa beliau tidak melakukan kesalahan dan mendakwa speaker pada sessi pagi iaitu Timbalan Speaker Datuk Mohd Rashid Hasnon telah membuat keputusan dengan hanya memberi amaran tanpa mengarahkannya keluar.

“Keputusan telah dibuat sebelumnya oleh (timbalan) speaker (Rashid) pagi ini. Jadi Peraturan Mesyuarat (Standing Order) adalah jelas, jika keputusan telah dibuat dan sekiranya tidak bersetuju boleh mengemukakan cadangan.

“Speaker tidak boleh membuat keputusan lain mengatasi keputusan yang telah dibuat,” tambah beliau.

Lihat Komen
ADS