Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Prasarana: Tak benar Masnizam letak jawatan CEO, presiden
Diterbitkan:  Jul 26, 2018 7:22 PM
Dikemaskini: 11:27 AM

Lembaga Pengarah Kumpulan Prasarana dalam suatu kenyataan petang tadi menolak dakwaan Presiden dan CEO Masnizam Hisham dijangka tamat perkhidmatan dalam waktu terdekat ini atau telah meletak jawatan.

"Lembaga menolak dakwaan bahawa tempoh perkhidmatan Presiden dan CEO Masnizam Hisham dijangka tamat pada masa terdekat ini atau telah meletak jawatan.

"Lembaga Pengarah Kumpulan Prasarana menolak dakwaan bahawa tempoh perkhidmatan Presiden dan CEO Masnizam Hisham dijangka tamat pada masa terdekat ini atau telah meletak jawatan," kata kenyataan itu pada hantaran di Facebook Rapid KL.

Lembaga Pengarah Kumpulan Prasarana juga menyatakan rasa kesal terhadap laporan media tanpa menamakan sumber yang dirasakan berniat tidak baik.

"Pihak lembaga pengarah menyatakan keyakinan dengan Masnizam dan kepimpinan beliau dalam menguruskan Prasarana.

"Pihak lembaga turut menyatakan rasa kesal terhadap laporan-laporan media yang mana pihak lembaga merasakan berniat tidak baik dan tidak wajar, khususnya tanpa menamakan sumber yang sahih," kata kenyataan itu.

Projek LRT3

Terdahulu, dilaporkan Masnizam Hisham akan melepaskan jawatannya lebih awal daripada firma berkenaan berikutan kos tinggi bagi projek LRT3.

Masnizam mengambil alih jawatan itu pada Januari dan menandatangani kontrak selama tiga tahun.

Bagaimanapun, The Edge memetik sumber mengatakan peletakan jawatannya "tidak dapat dielakkan" apabila Prasarana meminta dana tambahan sebanyak RM22 bilion dari Putrajaya untuk projek LRT3.

"Dijangkakan beliau akan meninggalkannya tidak lama lagi. Beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif ketika Prasarana meminta lebih banyak wang (untuk LRT3) dan ia bukan jumlah yang kecil, sesetengah orang juga mengatakan bahawa beliau telah diarahkan untuk melakukannya - untuk mendapatkan wang," sumber dipetik sebagai berkata.

Manakala bekas ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar juga dilaporkan mengesahkan beliau meletak jawatan sebagai pengerusi syarikat pengangkutan awam negara Prasarana Malaysia Bhd.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS