Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Khazanah rugi RM80 juta jual baju dalam, coli
Diterbitkan:  Aug 1, 2018 1:29 PM
Dikemaskini: 6:36 AM

PARLIMEN l Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengketengahkan kerugian pelaburan Khazanah Nasional yang bernilai AS$20 juta (RM80 juta) sebagai contoh selepas Datuk Seri Najib Razak (BN-Pekan) mempertikaikan dakwaan bahawa syarikat kerajaan itu tersasar daripada objektifnya.

Najib yang mencelah Azmin semasa beliau menyampaikan ucapan penggulungan untuk kementeriannya di Dewan Rakyat, menyoal mengenai dakwaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini bahawa Khazanah telah menyimpang daripada terasnya.

“Dalam tempoh 10 tahun, aset khazanah telah melonjak RM33 bilion kepada RM134.5 bilion, maknannya dari segi wealth creation dalam 10 tahun, Khazanah telah berjaya.

“Saya bukan nak pertahankan waktu saya jadi pengerusi Khazanah tapi saya nak minta penjelasan di manakah agaknnya yang dikatakan Khazanah telah lari, deviatate dari tujuan objetif asalnya. Saya nak minta penjelasan,” kata Najib.

Menjawab soalan itu, Azmin merujuk kepada pelaburan Khazanah dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

“Sebagai contoh, Khazanah telah melabur sebanyak hampir AS$20 juta melalui sebuah syarikat online retalier yang menjual loungeries, baju dalam, bras (coli)... akhirnya pelaburan ini terpaksa diwrite-off atau dihapus-kira.

“Ini yang paling kecil yang berlaku,” katanya.

Lupus hutang pelaburan RM3 bilion

Contoh lebih serius, kata Azmin apabila Khazanah terpaksa melupus kira-kira RM3 bilion pelaburannya.

“Ada juga pelaburan yang dibuat melalui private equity untuk ambil alih sebuah bank yang akhrinya kerana perbincangan itu tidak dibuat secara terus dengan bank berkenaan tetapi melalui private equity.

“Ia terpaksa write off sebanyak RM3 bilion. Perkara-perkara ini menuntut kerajaan baru ini untuk meletakkan semula Khazanah di atas landasan ditetapkan,” katanya.

Adalah dilaporkan sebelum ini bahawa Khazanah, bersama dua rakan lain, ingin memperoleh kepentingan 2.6 peratus di Bank UBS, Switzerland. Pelaburan itu dilakukan melalui kumpulan ekuiti swasta Olivant.

Bagaimanapun, Bank Lehman Brothers di Amerika Syarikat yang memegang akaun pelaburan itu, kemudian menjadi muflis dan ini menyebabkan Khazanah kehilangan RM3 bilion. Ia hanya berjaya mendapatkan separuh daripada jumlah berkenaan, kemudiannya.

Pelaburan baik Khazanah

Menjawab Azmin, Datuk Seri Mustapa Mohamed (BN-Jeli) berkata, ada kalanya, pelaburan Khazanah tidak menjadi tetapi perlu diakui bahawa terdapat juga keputusan pelaburan yang baik.

“Kita kena beri penghargaan macam pelaburan dalam Alibaba yang bagi keuntungan yang besar serta pelaubran dalam hospital di Turki, India, China.

“Dan sekarang ini IHH Healthcare Berhad merupakan kumpuan hospital terbesar di dunia,” katanya.

Minggu lalu, semua ahli lembaga pengarahnya menawarkan diri untuk meletakkan jawatan mereka berikutan kritikan Mahathir. Kerajaan kemudian menerima pengunduran mereka itu.

Susulan itu, Mahathir mengambil alih jawatan pengerusi Khazanah manakala Azmin pula sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah.

Lihat Komen
ADS