Kadir Jasin dijangka dilantik penasihat media PM
Published: Aug 8, 2018 7:27 AM | Updated: Aug 8, 2018 8:40 AM
Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin menyertai Pejabat Perdana Menteri sebagai penasihat media dan komunikasi.
Difahamkan Kadir menerima surat pelantikannya pada akhir bulan Julai dan pengumuman rasmi akan dibuat tidak lama lagi.
Apabila dihubungi, Kadir mengesahkan menerima tawaran untuk menjadi "penasihat khas" perdana menteri dalam hal ehwal media, tetapi enggan mengulas lanjut sementara menunggu pengumuman rasmi.
Beliau adalah bekas editor kumpulan New Straits Times dan anggota Majlis Tertinggi BERSATU.
View Comments0


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.