Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Orang Asli Temiar jumpa Dr M selepas tunggu 7 jam
Diterbitkan:  Aug 10, 2018 8:32 PM
Dikemaskini: 1:25 PM

Wakil masyarakat Orang Asli Temiar di Gua Musang, Kelantan menemui Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di pejabatnya hari ini selepas menunggu kira-kira tujuh jam.

Difahamkan Mahathir mempunyai jadual yang ketat dan hanya dapat bertemu mereka selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet.

Wakil masyarakat Temiar menemui perdana menteri berhubung pertikaian mengenai hak tanah adat dengan sebuah syarikat perladangan durian Musang King baru-baru ini.

Bercakap kepada pemberita, Mahathir berkata beliau menemui lima wakil Temiar di pejabatnya.


Baca: Orang asli minta campur tangan PM selesai kemelut tanah di Kelantan


Perdana menteri berkata beliau memberitahu mereka akan cuba menyelesaikan masalah tersebut tetapi mengakui kerajaan Kelantan yang dikuasai PAS yang membuat keputusan mengenai perkara berkaitan tanah.

"Kerajaan Kelantan tidak berada di bawah Pakatan Harapan, jika kita berbuat apa-apa, ia memerlukan rundingan dengan kerajaan PAS di Kelantan, kita akan cuba selesaikan perkara itu mengikut undang-undang.

"Kerajaan persekutuan bersimpati dengan Orang Asli (di Gua Musang), jika kita ada kuasa, kita akan bertindak segera," katanya.

Seramai 220 anggota masyarakat Temiar berkumpul di Putrajaya sejak pagi tadi untuk bertemu perdana menteri.

Mereka mendakwa hak ke atas tanah nenek moyang mereka dicabuli oleh pembalak dan firma perladangan.

Masyarakat Temiar membuat sekatan di Pos Tohoi untuk menghalang sebuah syarikat perladangan durian daripada memasuki tanah mereka, tetapi ia dirobohkan pada 4 Ogos lalu.

Lihat Komen
ADS