story images
story images
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Tok Batin dakwa ramai Orang Asli tak setuju sekatan

Seorang pemimpin masyarakat Orang Asli suku Temiar dari Gua Musang, Kelantan hari ini mendakwa terdapat ramai Orang Asli yang secara diam-diam tidak bersetuju dengan usaha membina sekatan di sekitar Pos Tohoi sejak awal tahun ini.

Tok Batin Awin Pedik, 64 tahun memberitahu pemberita di Putrajaya beliau percaya pertikaian berterusan kumpulan Orang Asli dengan syarikat pembalakan dan perladangan disokong NGO yang memiliki kepentingan tertentu.

Beliau juga mendakwa NGO telah melangkaui kuasa pemimpin masyarakat.

"Keselamatan kampung terjejas dengan adanya sekatan kerana mereka (Orang Asli) dilihat cuba melakukan provokasi.

"Kami ialah Tok Batin dan kami mahu semua (sekatan) ini dihentikan. Selaku pemimpin mereka, kami hanya mahu keamanan dan keselamatan di dalam kampung," kata Awin yang sebelumnya mengadakan pertemuan ringkas dengan setiausaha politik kepada perdana menteri, Abu Bakar Yahya di Jabatan Perdana Menteri.

Sekatan tanpa izin Tok Batin

"Kebimbangan kami adalah mengenai keselamatan penduduk kampung. Perkara ini (sekatan) dibuat tanpa meminta izin kami.

"Dalam tradisi dan budaya kami, segalanya perlu melalui pemimpin, Tok Batin," kata Awin yang mendakwa hanya 10 peratus daripada 15,000 Orang Asli di Kelantan yang menyokong usaha menentang syarikat pembalakan.

Pada 4 Ogos lalu, Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan, Mustafa Along berkata syarikat ladang durian Musang King memusnahkan sekatan masyarat Temiar di Pos Tohoi.

Kejadian itu berlaku selepas lawatan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R Sivarasa yang berjanji untuk menyelesaikan pertikaian antara penduduk Orang Asli dengan syarikat perladangan itu.

Jumaat lalu, Mustafa dan kira-kira 200 Orang Asli dari Pos Tohoi bertemu Mahathir bagi memohon campur tangan kerajaan persekutuan dalam perjuangan mereka untuk mendapat pengiktirafan hak tanah adat.

Ditanya jika beliau tidak bersetuju dengan tuntutan kumpulan berkenaan, Awin berkata bantahannya hanya melibatkan cara mereka menyuarakan desakan tersebut.

"Kita tidak perlu datang dalam kumpulan yang besar. Kita tidak mahu menunjukkan seolah-olah kita memaksa kerajaan.

"Kami hanya mahu undang-undang dan peraturan dilaksanakan serta tidak elok membawa ramai orang berhimpun untuk bertemu perdana menteri," katanya.

Awin juga berkata walaupun Orang Asli menuntut pengiktirafan hak tanah adat Orang Asli itu, namun takrifan itu di sisi undang-undang hanya wujud di Sabah dan Sarawak serta bukan di Semenanjung.

"Tidak ada tanah adat. Tiada perkara sebegitu.

"Kami tidak menuntut (pemilikan) hutan dara. Hutan dara itu adalah dusun Tuhan.

Kawasan rayau, memburu

"Kami hanya ada kawasan rayau sahaja...untuk memburu atau apa sahaja. Itulah makna kawasan rayau," kata Awin

Selain jaringan tempatan NGO Orang Asli, terdapat juga kumpulan lain yang membantu masyarakat Temiar di Gua Musang, termasuklah Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan kumpulan alam sekitar, PEKA.

Ketika dihubungi, penyelaras Suaram, Amir Abdul Hadi mengakui kumpulan itu tidak melibatkan Tok Batin berkenaan.

Bagaimanapun, menurut Amir,  Orang Asli sendiri yang enggan menuruti Tok Batin yang dilantik kerajaan BN dulu.

"Tiada isu menghasut Orang Asli kerana kami hanya datang membawa bantuan, sekatan itu memang telah dibina di sana," kata Amir yang hadir ke tapak sekatan minggu lalu bersama sekumpulan sukarelawan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS