Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Buku seperti Satanic Verses patut diharamkan - Anwar

Ketua Umum PKR , Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak bersetuju dengan dasar mengharamkan sesuatu buku, tetapi pengecualian harus dibuat untuk tajuk tertentu seperti Satanic Verses, karya penulis Inggeris, Salman Rushdie.

“Saya mewakili pandangan ini saya hanya bagi pandangan. Saya tidak cenderung terikat terhadap isu-isu pengharaman ini melainkan buku Satanic Verses, itu lainlah.

“Menghina mengecam agama dan nabi-nabi, Islam dan bukan itu harus kita jaga, pelihara. Kalau dari segi pandangan berbeza sedikit kita beri ruang kreatif itu orang boleh berfikir,” katanya semasa sidang akhbar di pejabat barunya di Petaling Jaya.

Anwar, yang baru-baru ini memenangi jawatan presiden PKR tanpa bertanding, sebelum itu berjumpa dengan sekumpulan sasterawan dan budayawan serta penulis yang menimbulkan kebimbangan mereka mengenai isu-isu berkaitan bahasa Melayu dan seni.

Anwar berkata antara kebimbangan yang ditimbulkan semasa mesyuarat itu adalah penggunaan bahasa yang tidak sepatutnya oleh wakil rakyat di parlimen.

“Ramai yang menegur tentang prestasi ahli-ahli parlimen di parlimen kerana bahasa pertamanya lemah, keduanya kesat dan kurang sopan.

“Ini saya terima baik teguran itu dan boleh kita panjangkan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan mempertimbangkan cadangan untuk mengadakan kursus bahasa Melayu untuk ahli-ahli Parlimen.

“Kami (Pakatan Rakyat) pernah anjurkan kursus bahasa untuk ADUN Selangor selepas 2008 supaya meningkatkan penguasaan bahasa Melayu.

“Kalau tidak malu nanti kita dengar penguasaan bahasa mereka jauh lebih lemah berbanding pelajar SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)”, katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS