Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengerusi BERSATU Terengganu dilantik senator
Diterbitkan:  Aug 27, 2018 9:54 AM
Dikemaskini: 2:02 AM

PARLIMEN | Pengerusi BERSATU Terengganu Datuk Razali Idris akan bersama-sama para senator baru Pakatan Harapan dalam majlis angkat Anggota Dewan Negara hari ini, berdasarkan notis Parlimen.

Menurut notis pejabat media parlimen itu, Razali dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Pada PRU14 lalu, Razali bertanding di kerusi parlimen Hulu Terengganu dan tewas kepada calon Umno Datuk Rosol Wahid.

Manakala itu, Naib Presiden AMANAH Husam Musa pula akan mengangkat pada satu tarikh lain kelak. Difahamkan Husam sedang berada di Mekah bagi menunaikan ibadah haji.

Seramai 12 orang senator baru akan mengangkat sumpah di Dewan Negara pada hari ini, yang mana 11 orang merupakan wakil Pakatan Harapan (HARAPAN) dan seorang daripada Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Termasuk Husam, anggota Dewan Negara bakal bertambah menjadi 68 senator dengan dua lagi kerusi masih kosong.

Walaupun dengan pelantikan ini, HARAPAN masih belum menguasai majoriti Dewan Negara. Sekarang, terdapat 32 senator yang mewakili BN dan tiga senator PAS daripada 55 senator di Dewan Negara.

Minggu lalu, Dewan Negara meluluskan pemansuhan Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan RUU Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) selepas senator BN memberi laluan.

Dewan Negara dijangka membahaskan Rang Undang-Undang Anti-Berita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018, RUU Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018, Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Pemansuhan) dan Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2018.

Lihat Komen
ADS