Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Dr M desak Najib lantik saya sebagai pendakwa raya kes Anwar'
Diterbitkan:  Sep 8, 2018 5:27 PM
Dikemaskini: 12:11 PM

Peguam Tan Sri Shafee Abdullah mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad adalah individu yang mendesak agar beliau dilantik sebagai pendakwa raya khas dalam perbicaraan kes Liwat 2 Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Shafee mendakwa bahawa pada 2013, perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak tidak begitu cenderung untuk melantik beliau sebagai pendakwa raya kerana mahu menjaga hati Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

"Malah, dia (Najib) yang paling keberatan (dalam pelantikan itu). Bagaimanapun, Dr Mahathir bertegas saya dilantik sebagai pendakwa raya khas dalam rayuan Anwar kerana Dr Mahathir tidak yakin Pejabat Peguam Negara mampu menguruskan rayuan itu.

"Ini mungkin kerana Pejabat Peguam Negara sudah kalah dalam kes Liwat 2 di Mahkamah Tinggi sebelum itu," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Shafee berkata demikian sebagai menafikan 'maklumat baru' daripada Pejabat Peguam Negara yang mendakwa beliau menerima RM9.5 juta daripada Najib sebelum perbicaraan kes berkenaan.

Beliau berkata sebelum pertemuan itu, Najib memanggilnya ke yayasan itu di Putrajaya dan Mahathir meyakinkan Najib untuk melantiknya sebagai pendakwa raya khas.

"Saya difahamkan daripada Chang bahawa pelantikan saya sebagai pendakwa raya khas merupakan tuntutan pertama daripada enam permintaan Mahathir kepada Najib pada pertemuan dan jika tidak (dipenuhi) beliau (Mahathir) akan menentang Najib.

Kerja-kerja guaman Shafee tak dibayar

"Dalam masa beberapa hari, saya dihubungi pejabat Mahathir dan Pejabat Perdana Menteri bahawa saya perlu berjumpa Gani Patail untuk tujuan pelantikan itu kerana segalanya telah dipersetujui berkenaan pelantikan saya," kata Shafee.

Shafee berkata beliau telah banyak kali bekerja dengan Mahathir ketika beliau menjadi presiden Umno sejak awal 1990-an, mewakili parti itu dan parti komponen BN lain dalam berbagai kes merangkumi petisyen pilihan raya dan litigasi perundangan.

Bagaimanapun, beliau berkata kebanyakan kerja-kerja beliau tidak dibayar.

"Saya telah mengumpul banyak bil yang tidak dibayar untuk kerja undang-undang saya sejak zaman Mahathir sebagai perdana menteri, terutamanya semasa tempoh ketika Tan Sri Mohamed Rahmat menjadi setiausaha agung Umno dan BN," katanya.

Beliau berkata perkara ini dibincangkan dalam pertemuan dengan Najib pada September 2013 susulah bekas perdana menteri itu bersetuju membayarnya RM9.5 juta sebagai penyelesaian terhadap 46 petisyen pilihan raya yang ditangani Shafee untuk Umno dan BN sejak 1990-an.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS