Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images

PANDUAN KINI l Peguam terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hari ini mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Malaysiakini menghuraikan kes itu untuk membantu anda memahami dengan lebih baik apa yang dimaksudkan dengan pertuduhan berkenaan.

Apa pertuduhannya?

Tuduhan itu mendakwa Shafee menerima dua pembayaran berasingan berjumlah RM9.5 juta daripada perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak antara 2013 dan 2014.

Secara khusus, Shafee menerima dua cek daripada Najib, satu berjumlah RM4.3 juta pada 13 Sept 2013 dan satu lagi berjumlah RM5.2 juta pada 17 Februari 2014.

Apa pertuduhan pendakwa terhadap Shafee?

Menurut pendakwaan, masalah itu berkisar mengenai sumber dana Najib yang didakwa berasal daripada hasil aktiviti haram.

Berdasarkan rekod awam, Najib membayar Shafee melalui akaun yang nombornya berakhir dengan nombor "906".

Ini adalah akaun sama yang ditunjukkan pada carta yang dipegang oleh peguam negara ketika itu, tan Sri Mohamed Apandi Ali pada sidang akhbar pada 2016.

Carta itu menunjukkan wang SRC International, syarikat milik negara yang mengalir ke dalam tiga akaun berasingan milik Najib, iaitu akaun yang berakhir dengan nombor "906", "880" dan "898".

Mengikut carta itu, sekurang-kurangnya RM28 juta dari SRC International berakhir dalam akaun “906" selepas melalui beberapa perantara. Walaupun demikian, Apandi membersihkan Najib daripada sebarang salah laku.

Walau bagaimanapun, dalam konteks kes Shafee, transaksi berkenaan berlangsung antara bulan Julai dan Ogos 2014, beberapa bulan selepas peguam itu dibayar.

Najib mempunyai akaun keempat yang berakhir dengan nombor "694", yang didakwa menerima sebahagian besar dana dari 1MDB, termasuk dana "RM2.6 bilion".

Malaysiakini sebelum ini pernah memperincikan beberapa penerima politik melalui akaun ini di laman mikro: “Wang songlap dari 1MDB atau derma? Tangan-tangan politik yang terdedah.”

Urusniaga 1MDB sebahagian besarnya berlangsung antara tahun 2011 hingga 2013. Tidak ada rekod awam sama ada Najib memindahkan dana itu ke akaunnya yang lain.

Apakah spesifikasi pertuduhan itu.

Mungkin terdapat kekeliruan kerana Shafee didakwa mengikut dua versi undang-undang yang sama iaitu Akta 613.

Akta 613 pada mulanya dikenali sebagai Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATF) tetapi selepas pindaan diwartakan pada September 2014, ia dikenali sebagai Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUA) 2001.

Shafee yang didakwa melakukan kesalahan pengubahan wang haram berhubung dengan bayaran RM4.3 juta dan RM5.2 juta itu berlaku sebelum September 2014, oleh itu beliau didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (a) AMLATF, versi undang-undang terdahulu.

Terdapat dua pertuduhan di bawah versi permulaan ini, satu untuk setiap pembayaran yang diterima Shafee daripada Najib.

Seksyen 4 (1) (a) versi pertama memperuntukkan denda sehingga RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Baki dua pertuduhan, juga satu untuk setiap pembayaran, dilakukan di bawah versi 4 (1) (a) AMLAFTFPUA yang dikemas kini.

Seksyen 4 (1) (a) yang dikemaskini memperuntukkan hukuman penjara mandatori sehingga 15 tahun dan didenda tidak kurang lima kali nilai kutipan yang diterima daripada kegiatan yang menyalahi undang-undang dan pemenjaraan atau RM5 juta, mana lebih tinggi, dan pemenjaraan hingga 15 tahun.

Kedua-dua pertuduhan itu mendakwa Shafee, pada tahun 2015, "terlibat dalam urus niaga daripada aktiviti haram".

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS