Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pakatan Harapan tidak akan terima Umno - Dr M
Diterbitkan:  Sep 15, 2018 8:05 AM
Dikemaskini: 12:12 AM

Pakatan Harapan tidak akan menerima Umno sebagai sebuah parti dalam gabungan HARAPAN, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri, bagaimanapun berkata anggota Umno boleh menyertai mana-mana parti komponen PH jika mereka bertindak keluar daripada Umno terlebih dahulu.

“Jika mereka (Umno) mahu bekerjasama dengan PKR, kita tidak akan menerima mereka dalam Pakatan Harapan (sebagai parti komponen).

“Tetapi jika mereka secara individu menyertainya sebagai anggota PKR, Bersatu, DAP, atau apa sahaja (parti dalam HARAPAN), maka kita boleh terima mereka tetapi bukan parti itu (Umno),” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis kepimpinan tertinggi BERSATU semalami.

Perdana menteri ditanya mengenai kemungkinan Umno bekerjasama dengan PKR dan kembali sebagai parti pemerintah.

- Bernama

 

Lihat Komen
ADS