Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahkamah Persekutuan tolak jawab isu kes lantikan hakim

Panel tujuh hakim Mahkmah Persekutuan yang bersidang hari ini memutuskan untuk tidak menjawab empat persoalan undang-undang berhubung kesahan pelantikan Tun Raus Sharif sebagai ketua hakim negara dan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai presiden mahkamah rayuan.

Mahkamah Persekutuan menyifatkan hal berkenaan telah menjadi akademik.

Bagaimanapun, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zaharah Ibrahim menarik dirinya daripada membuat sebarang penghakiman kerana beliau dilantik selepas kedua-dua Md Raus dan Zulkefli bersara.

Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zainun Ali dalam penghakiman terakhir sebelum persaraan beliau minggu hadapan menulis penghakiman sebulat suara berkata mahkamah tidak patut memutuskan hal berkenaan apabila perkara pelantikan ketua hakim negara dan presiden mahkamah rayuan itu dilihat telah menjadi akademik.

"Oleh demikian tidak ada isu nyata (maka) mahkamah tidak patut membuat keputusan mengenai perkara itu," katanya.

Justeru, mahkamah enggan menjawab empat soalan yang dikemukakan dalam kes ini.

Selesai beliau menyampaikan penghakimannya, Badan Peguam Malaysia dan Pejabat Peguam Negara mengucapkan tahniah dan selamat bersara kepada Hakim Zainun.

Beliau akan bersara pada 4 Oktober ini.

Langkaui umur persaraan

Badan Peguam Malaysia mencabar pelantikan kontroversi Md Raus Sharif sebagai ketua hakim negara dan Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai presiden mahkamah rayuan yang menjangkaui umur persaraan mandatori mengikut perlembagaan.

Raus dan Zulkefli meletakkan jawatan secara sukarela pada Julai lalu. Mereka digantikan oleh Tan Sri Richard Malanjum sebagai ketua hakim negara dan Tan Sri Ahmad Ma'arop sebagai presiden Mahkamah Rayuan.

Ketika pendengaran kes lalu, empat soalan undang-undang dibangkitkan peguam Datuk S Ambiga yang mewakili badan peguam kepada panel tujuh hakim itu, iaitu:

1) Sama ada Artikel 121(1A) Perlembagaan Persekutuan membolahkan hakim tambahan dilantik atas nasihat ketua hakim, yang mana akan dilantik selepas ketua hakim bersara.

2) Sama ada Artikel 121(1A), yang dibaca bersama Artikal 122B(1), Artikel 122B(2), dan Artikel 125(1) Perlembagaan Persekutuan, seorang hakim tambahan boleh dilantik sebagai ketua hakim negara atau presiden Mahkamah Rayuan.

3) Sama ada pelantikan hakim oleh Yang di-Pertuan Agong bawah Artikel 122(1A) dan 122B(1) Perlembagaan Persekutuan boleh dibawa ke mahkamah dan dibicarakan.

4) Sama ada pelantikan hakim tambahan dan selepas itu ketua hakim negara dan presiden Mahkamah Rayuan, yang diumum ketika mereka masih menjadi hakim dan berkuatkuasa selepas persaraan, mencabuli Artikel 121(1), Artikel 122(1A) dan Artikel 125(1) Perlembagaan Persekutuan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS