Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Akauntan negara sahkan kenyataan Lim mengenai Akaun Hasil Disatukan
Diterbitkan:  Sep 25, 2018 5:13 PM
Dikemaskini: 9:40 AM

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) hari ini mengesahkan kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng baru-baru ini bahawa kerajaan persekutuan hanya mempunyai RM450 juta untuk dibelanjakan daripada Akaun Hasil Disatukan pada 30 April 2018 berbanding RM11.86 bilion pada penghujung tahun 2017.

Akauntan Negara, Datuk Saat Esa dalam satu kenyataan berkata, kedudukan baki Kumpulan Wang Disatukan pada 31 Disember 2017 dan 30 April 2018 yang diumumkan Lim adalah selaras dengan rekod yang diselenggarakan oleh JANM.

"JANM juga mengesahkan bahawa Kerajaan Persekutuan hanya boleh menggunakan Akaun Hasil Disatukan untuk menampung perbelanjaan mengurus," katanya lagi.

Kerajaan persekutuan perlu membelanjakan lebih daripada RM8 bilion sebulan bagi emolumen dan faedah persaraan.

Lim dalam kenyataan yang dikeluarkan Ahad lepas, berkata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menjelaskan alasan penyusutan sehingga 96 peratus atau RM11.41 bilion dalam Akaun Hasil Disatukan pada 31 Disember 2017 sehingga tempoh 30 April 2018.

Penyusutan berkenaan adalah disebabkan 'perbelanjaan pilihan raya umum' yang digunakan untuk cuba membantu Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei lalu, katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS