Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Peguam TMJ nafi tulisan di Twitter ditujukan pada Syed Saddiq
Diterbitkan:  Oct 3, 2018 12:21 PM
Dikemaskini: 8:54 AM

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan tulisan di Twitter baginda semalam ditujukan kepada Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Perkara itu dinyatakan melalui surat tuntutan guaman kepada Malaysiakini melalui tetuan Shukor Baljit & Partners semalam.

“Kami merujuk kepada penerbitan artikel yang memberikan gambaran tidak wajar bahawa anak guam kami menujukan mesej Twitter kepada Syed Saddiq ketika mesej di Twitter itu sendiri tidak menyebutnya.

“Anak guam kami mengarahkan kami, bahawa kamu dengan cuai merujuk kepada portal berita Free Malaysia Today untuk membuat kesimpulan berikut tanpa menghiraukan kebenaran atau tanpa mendapatkan penjelasan daripada anak guam kami:

1) Mesej Twitter itu ditujukan kepada seseorang yang khusus dinamakan dalam artikel kamu,

2) Bahawa objek artikel itu untuk mencemuh orang yang dinamakan sebagai respon terhadap mesej Facebooknya yang menyatakan perasaan hormat kepada Tun Dr Mahathir, perdana menteri Malaysia,

3) Mesej Twitter itu adalah sebahagian daripada siri serangan, atau menyerang Tun Dr Mahathir, perdana menteri Malaysia.

“Kami diarahkan untuk menyatakan bahawa penerbitan artikel ini dibuat berdasarkan dugaan dan tekaan serta dibuat secara tidak bertanggungjawab dan artikel itu fitnah terhadap anak guam kami. Anak guam kami secara jelas berkata mesej di Twitter itu tidak dimaksudkan kepada pihak yang disebut dalam artikel kamu,” menulis surat dalam bahasa Inggeris itu.

Malaysiakini memohon maaf kepada Tunku Ismail kerana mengaitkan mesej Twitter itu kepada Syed Saddiq dalam artikel bertajuk You were still in your mother's belly, kid sedangkan Tunku Mahkota Johor tidak menyatakan baginda merujuk kepadanya.

Malaysiakini telah melaporkan tweet itu, yang berbunyi: “Perfectionist? It’s either you’re delusional or obsessed. You were still in your mother’s belly, kid. Do some research,” telah menimbulkan persoalan berkaitan siapa sasarannya.

Ini susulan Syed Saddiq, 26, menteri paling muda dalam sejarah Malaysia, menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai “perfectionist” susulan ucapan Perdana Menteri di Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

[Baca berita asal]

ADS