Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

PEMILIHAN PKR | Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata pemimpin PKR perlu bersikap "tidak berpihak" dalam menangani aduan berhubung pemilihan parti yang sedang berlangsung.

Diminta mengulas lanjut berhubung dakwaan percubaan sabotaj, anggota parlimen Port Dickson itu berkata ia perlu dibawa kepada jawatankuasa pemilihan pusat (JPP) atau jawatankuasa bantahan, rayuan dan disiplin.

"Semua aduan (berhubung pemilihan parti) saya rujuk tanpa pengecualian kepada JPP. Itu sepatutnya peranan pemimpin. Tak memihak. Kerana kita tahu kelemahan itu ada," katanya.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin awal pagi ini yang menggesa pemimpin parti lebih proaktif dalam menangani aduan yang dilaporkan media.

Berhubung alat penyekat talian yang mengganggu pemilihan PKR Kuala Selangor semalam, Anwar turut mengulangi kenyataan sama bahawa perkara itu perlu dirujuk kepada JPP.

Pada masa yang sama, Anwar juga menyorot kebimbangan berhubung aduan yang dibuat oleh pemimpin PKR dan menegaskan agar tidak bersikap memilih.

"Zuraida juga pimpinan parti. Dan dia bawa aduan kepada JPP. Saya bawa semua, kedua-dua pihak. Saya tak memilih untuk bersikap selective

"Mana-mana saja yang buat aduan, kalau bawa ke JPP atau jawatankuasa disiplin saya tak masuk campur," katanya.

Anwar juga mendedahkan bahawa beliau sudah dimaklumkan bahawa cubaan sabotaj di Kuala Selangor gagal.

"JPP sudah mengambil langkah berjaga-jaga berdasarkan pengalaman di Kedah sebelum ini," katanya.

Pemilihan PKR di Kuala Selangor sebelum ini dibatalkan selepas tablet yang digunakan untuk proses e-undi tidak boleh digunakan kerana tiada isyarat.

Polis kemudian mendedahkan bahwa terdapat enam peralatan penyekat talian digunakan dan kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

[Berita lanjut menyusul]


 

Lihat Komen
ADS