Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPR: Persempadanan semula era BN kekal lagi 8 tahun

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengkaji persempadanan semula era pentadbiran BN serta menilai jika langkah itu dilakukan dengan adil serta mengikut perlembagaan.

Pengerusi SPR Azhar Harun berkata, Perlembagaan Persekutuan tidak membenarkan persempadanan semula dilakukan untuk lapan tahun yang akan datang.

"Kita tak boleh adakan redelineation exercise (persempadanan semula) lagi kerana dalam perlembagaan proses redelineation hanya boleh dibuat sekali dalam masa 8 tahun.

"Tapi apa yang saya ingin buat ialah menganalisa redelineation yang dibuat ini sebelum PRU14 itu dan kita hendak memberi satu pendapat sama ada redlineation itu adalah adil ataupun mengikut peruntukan undang-undang khususnya peruntukan Jadual ke 13 dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Kalau kita mendapat bahawa tidak adil dan tidak mengikut perlembagaan maka saya ingin membuat proposal tentang bagaimana proses yang sebenarnya perlu dilakukan.

"Tapi proposal lah saja. Bukan exercise bukan persempadanan semula. Saya tidak boleh buat itu,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat SPR di Putrajaya hari ini.

Azhar berkata satu jawatankuasa akan dibentuk untuk mengkaji proses persempadanan terdahulu dan pandangan daripada pakar akademik dan pakar statistik akan diambil kira.

Langkah persempadanan semula  kawasan pilihan raya yang terlibat dikatakan memihak pada BN yang berkuasa pada ketika itu. 

Langkah persempadanan semula kawasan pilihan raya yang diluluskan sebelum PRU14 dikatakan memihak kepada BN yang berkuasa pada ketika itu.

Gabungan reformasi pilihan raya, BERSIH bersama ahli politik Pakatan Harapan (HARAPAN) telah mengadakan protes di luar bangunan parlimen bagi membantah penyempadanan semula itu dan menuduh SPR sebagai ‘menipu’.

Badan Peguam juga telah mengkritik langkah tersebut sebagai ‘tidak berpandukan undang-undang, tidak adil dan tidak mematuhi perlembagaan’.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS