Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PM S'pura saman blogger yang kongsi artikel 1MDB di Facebook
Diterbitkan:  Dec 6, 2018 10:36 AM
Dikemaskini: 2:36 AM


GLOBAL Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong telah memfailkan saman fitnah terhadap penasihat kewangan dan blogger yang berkongsi artikel di laman Facebooknya, kata jurucakap Lee pada hari Rabu.

Terdakwa, Leong Sze Hian, berkata pada laman Facebooknya, dia "hanya berkongsi" artikel dari media berita dalam talian Malaysia, The Coverage, tentang Lee dan dana negara 1MDB Malaysia tanpa menambah sebarang komen atau mengubah kandungannya.

Beliau berkata beliau "bingung" apbila menerima surat kemudian daripada peguam yang menegaskan bahawa menyiarkan artikel tersebut adalah berniat jahat dan merosakkan reputasi Perdana Menteri Lee.

"Saya menolak semua tuduhan ini secara mutlak," katanya.

Tindakan undang-undang itu datang beberapa minggu selepas kerajaan Singapura meminta Facebook membuang post berasingan oleh blogger yang berpangkalan di Australia mengenai bank Singapura dan 1MDB, yang dikatakan palsu dan berniat jahat.

Facebook menolak permintaan itu, menyebabkan kerajaan Singapura mengatakan bahawa gergasi media sosial iru tidak boleh diharapkan untuk menyaring maklumat palsu.

Setiausaha akhbar Lee, Chang Li Lin, mengesahkan perdana menteri telah memulakan prosiding perundangan terhadap Leong kerana fitnah dan perkara itu di tangan peguam Lee.

"Encik Lee berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak lain yang sama-sama memfitnahnya," kata Chang kepada Reuters.

Leong, pengulas dan pengkritik dasar kerajaan, tidak memberi respons kepada permintaan Reuters untuk mendapatkan komen.

Tetapi di laman Facebooknya, beliau berkata beliau telah mematuhi permintaan kerajaan untuk menghapuskan posting itu, sambil menambah ia "terlalu tidak tepat" untuk mengatakan bahawa dia telah "membuat satu post yang memfitnah Perdana Menteri."

"Artikel ini berkaitan dengan saga 1MDB. Saya tidak menambah sebarang komen atau menambah artikel itu,"bkata Leong di Facebook.

1MDB adalah tertakluk kepada siasatan pengubahan wang haram di sekurang-kurangnya enam negara, termasuk Amerika Syarikat, Singapura dan Malaysia.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mendakwa, dianggarkan kira-kira AS$4.5 bilion telah disalahgunakan dari dana itu oleh pegawai tinggi 1MDB antara 2009 dan 2014.

Bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Razak, yang tewas dalam pilihan raya umum pada bulan Mei, menghadapi pelbagai dakwaan rasuah berhubung penyiasatan itu. Dia mengaku tidak bersalah dan menafikan sebarang salahlaku.

[Baca berita penuh]

- Reuters

Lihat Komen
ADS