Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Icerd: K'jaan cuma tangguh bukan batal - Peserta

Rata-rata yang hadir perhimpunan anti-Icerd hari ini menyuarakan kebimbangan mereka terhadap pentadbiran Pakatan Harapan, walaupun Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah menyatakan kerajaan tidak akan mengiktiraf konvensyen PBB itu.

Mereka ingin mendapatkan kepastian sama ada pentadbiran PH cuma sekadar menangguhkan atau benar-benar membatalkannya.

Shahrul Rusli, 25 tahun dari Alor Setar, Kedah berpendapat keputusan kerajaan untuk tidak memeterai Icerd perlu direkodkan dalam hansard parlimen.

"Kerajaan hanya menangguh Icerd bukan batal. Kalau kerajaan begitu komited untuk batalkan Icerd ini, kena buat kenyataan rasmi di parlimen - rekod di hansard," katanya yang bertolak dari Kedah menaiki bas sejak 11 malam.

Islam ajar umat tak tindas bangsa, agama lain

Bagi Nur Aishah Zainal, 33, dia yakin negara ini tidak perlu mengiktiraf Icerd kerana Islam telah mengajar umatnya untuk tidak menindas bangsa dan agama lain.

"Jadi saya rasa tidak perlu ratifikasikan Icerd. Saya datang ke sini hari ini untuk berhimpun dengan orang Islam yang lain untuk menunjukkan sokongan membantah Icerd," kata suri rumah dari Nilai itu.

Bagi Zamri Dulhadi (atas, kiri), 34, dari Nilai pula, beliau sangsi dengan keputusan yang dinyatakan kerajaan itu dan merasakan ia boleh diluluskan pada bila-bila masa sahaja.

"Saya datang juga (ketika perhimpunan) Bersih masa kehadiran Haji Hadi (Presiden PAS Abdul Hadi Awang).

"Saya datang sebab nak tunjukkan tanda kesyukuran kita, sebagaimana kita tahu mereka (kerajaan) membatalkan sedangkan ia tidak diangkat di parlimen. Jadi bila-bila masa boleh langgar," katanya yang membawa anak dan isterinnya ke perhimpunan itu.

Kamil Mohd Salleh yang merupakan warga emas dari Johor Bharu pula berkata tujuannya hadir ke perhimpunan itu kerana ingin memperjuangkan hidup bangsa Melayu.

"Kebetulan memang nak datang sebab kita menyokong bangsa Melayu, agama Islam.

"Saya tak suka PH terutama DAP yang menimbulkan rasa tak senang pasal orang Melayu," kata Kamil, 68, yang datang bersama anaknya sejak semalam.

Lihat Komen
ADS