Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Tabung Haji langgar dua syarat bayar hibah - Mujahid

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa berkata Tabung Haji melanggar dua syarat pemembayaran hibah (dividen) sejak 2014.

Mujahid menjelaskan, terdapat dua syarat tersebut merupakan sebelum pembayaran hibah dibuat, aset tidak boleh kurang daripada liabiliti dan perlu terdapat keuntungan yang boleh diagihkan.

"TH telah mengisytiharkan hibah sejak 2014 dan ia tidak mengikut akta kerana asetnya kurang daripada liabiliti.

"Hibah hanya boleh dikeluarkan kepada pendeposit bila aset lebih daripada liabiliti tapi yang terjadi adalah sebaliknya. Tapi mereka masih keluarkan hibah," katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Beliau berkata, melalui penemuan yang didapati selepas akaun TH diaudit, aset keseluruhan TH merupakan RM70.3 bilion sedangkan liabiliti tanggungan adalah RM74.4 bilion.

Letak bawah pengawasan Bank Negara

Akaun yang diaudit itu berdasarkan laporan kewangan TH pada 31 Disember 2017.

Beliau juga berkata kerajaan telah memutuskan untuk meletakkan TH di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia untuk masa depan yang lebih terjamin.

 

"Bagi memastikan pelan jangka panjang yang mapan, kerajaan telah memutuskan untuk meletakkan TH di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia secara pentadbiran bermula 1 Januari 2019," katanya.

Katanya lagi, selain itu ahli lembaga pengarah yang baharu turut mencadangkan penubuhan Special Purpose Vehicle (SPV) bagi memulihkan dan memaksimumkan pemulihan aset TH yang kurang menunjukkan prestasi.

Untuk rekod, SPV ialah anak syarikat yang dibentuk terpisah tanggungannya daripada syarikat induk dan dilindungi jika organisasi utama muflis.

"Kabinet telah berbincang tentang pelan pemulihan ini dengan teliti dan memberi sokongan penuh terhadap pelan tersebut supaya kedudukan kewangan TH dapat diperbaharui serta mengembalikan keyakinan rakyat," katanya.

Sebelum ini TH membuat dua laporan polis terhadap bekas pengerusi agensi itu yang juga Anggota Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim.

Lihat Komen
ADS