Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Video jelaskan mengapa Malaysia bantah ILS di Seletar, Singapura
Diterbitkan:  Dec 12, 2018 11:54 AM
Dikemaskini: 3:59 AM

Kementerian Pengangkutan telah menerbitkan sebuah video untuk menjelaskan mengapa kerajaan membantah protokol pendaratan baru pesawat di Lapangan Terbang Seletar, Singapura.

Isu ini timbul apabila lapangan Terbang Seletar berkeras untuk melaksanakan Sistem Pendaratan Instrumen (ILS), yang akan membolehkan pesawat terbang dengan selamat walaupun dengan jarak penglihatan yang kurang baik.

Walau bagaimanapun, laluan penerbangan yang mahu digunakan oleh Singapura untuk ILS membabitkan ruang udara di Pasir Gudang, Johor.

Memandangkan lapangan terbang itu hanya terletak kira-kira 2km di Selat Johor dari Pasir Gudang, kementerian menjelaskan bahawa tindakan berkenaan akan memberi impak negatif kepada pembangunan di Pasir Gudang.

 

Singapura merancang untuk melaksanakan ILS di Lapangan Terbang Seletar pada 3 Januari tahun depan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata langkah itu bertentangan dengan prinsip kedaulatan negara, seperti yang diperuntukkan oleh Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa.

Bagaimanapun, Singapura mendakwa Malaysia tidak pernah membangkitkan sebarang bantahan mengenai perkara itu, sebelum ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS