Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahathir: Pendapat Rashid mengenai kroni kontrak pandangannya sendiri
Diterbitkan:  Jan 2, 2019 9:59 AM
Dikemaskini: 1:59 AM


Kenyataan kontroversi Naib Presiden Bersatu,Abdul Rashid Abdul Rahman berhubung dengan pemberian kontrak dan sumber-sumber kerajaan untuk membantu parti itu mengekalkan kuasa tidak mewakili pandangan Bersatu, kata Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad.

Mahathir, yang juga pengerusi Bersatu, berkata kenyataan yang dibuat oleh Abdul Rashid pada Perhimpunan Agung parti iru hujung minggu lepas adalah semata-mata pandangan peribadi Rashid, demikain lapor The Star.

Menurut Mahathir, itu bukan keputusan parti dan itu pendapat beliau (Rashid), dan "kita tidak mahu melakukan apa Najib (Abdul Razak) buat, memberi (projek) kepada rakan-rakan."

"Kami akan mempertimbangkan semua projek mengikut tender, sesiapa sahaja yang mampu boleh mengemukakan tender mereka dan jika mereka boleh menyediakan yang terbaik, maka kita akan menganugerahkan mereka (kontrak)," oerdana menteri telah dipetik sebagai berkata malam tadi.

[Baca berita penuh]


Lihat Komen
ADS