Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
KJ: Troll takkan buat orang lupa Najib ada kes mahkamah

PRK CAMERON | Kalau orang ramai teruja dengan gimik dan sindiran berterusan Najib ke atas PH, salah seorang bekas menterinya pula kelihatan tidak terkesan dengan aksi tersebut.

Bekas menteri belia dan sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, dia tidak mahu mengambil kisah apa yang dilakukan bekas perdana menteri tersebut.

Ketika tetap bersikap terbuka dengan kehadiran Najib di Cameron Highlands, Khairy juga konsisten dengan sikapnya terhadap anggota parlimen Pekan itu.

"Biar dia buat apa yang dia mahu selagi ia membantu kempen BN," kata Khairy ketika ditemui dalam siri kempennya di Jelai, hari ini.

Namun bagi Khairy selain sindiran dan jenaka berkenaan, orang ramai masih tidak akan lupa apa yang berlaku di sekeliling Najib.

"Orang ramai takkan lupa pada kes-kes mahkamahnya," kata Khairy.

Terdahulu bekas ketua pemuda Umno itu ditanya sama ada kemunculan Najib dengan pendekatan baru sekarang akan membuat orang ramai terlupa kepada skandal 1MDB yang dikaitkan padanya.

Untuk rekod Najib yang semakin aktif di media sosial sejak akhir-akhir ini mengumumkan beliau sudah digelar sebagai Raja Troll.

Kenyataan itu dibuat Najib semasa menghadiri kempen BN di Jelai, Pahang. Jelai ialah salah satu kawasan dewan undangan negeri yang berada dalam parlimen Cameron Highlands.

Turut dipopularkan Najib ialah ungkapan pikak "malu apa bossku"

Sementara itu apabila ditanya apakah Khairy akan turut memanggil Najib dengan gelaran "bossku" yang nampaknya dibanggakan itu, beliau menjawab ringkas: "Dia bukan presiden saya dah."

Lihat Komen
ADS