Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Najib: Hari ini saya sudah dinobat ‘king of troll’

PRK CAMERON l Sejak BN tumbang ketika di bawah pentadbirannya selepas mentadbir negara selama enam dekad, bekas perdana menteri Najib Razak hari ini menjadi aktif di media sosial.

Bidasan dan hantarannya yang sering memperlekehkan kerajaan Pakatan Harapan dan pemimpinnya di Facebook dan Twitter menyaksikan beliau kini bergelar "Raja Troll".

Bercucap di sebuah perkampungan Felda di kubu BN di Jelai hari ini, Najib menjelaskan bagaimana beliau mendapat gelaran itu.

“Hari ini kita tak perlu nak cipta fitnah. Kita tak perlu buka kilang fitnah, kita cuma cakap dengan fakta sahaja, dengan angka sahaja.

“Sebab itulah saya hari ini sudah dinobat sebagai king of troll,” katanya.

Najib, yang terus mempertahankan dirinya sebagai tidak bersalah meskipun pelbagai pertuduhan rasuah dan penggubahan wang haram dilemparkan terhadapnya, berkata, beliau akan terus memperjuangkan kebenaran.

“Hari-hari saya lawan dengan fakta, bukan lawan dengan auta. Saya tak perlu nak mencari dosa.

“Orang tak takut mati ini sahaja, saya takut. Bukan sahaja mahkamah ini, mahkamah Allah lagi.

“Sebab itu kita jangan cipta fitnah, Umno tak cipta fitnah dan Umno tak akan buat janji-janji palsu yang kita tahu kita tak boleh tunaikan,” katanya yang jelas merujuk kepada kerajaan Pakatan Harapan yang dijadikan sasarannya.

Najib kini berdepan 38 pertuduhan berkaitan dengan 1MDB, termasuk dakwaan pengubahan wang haram, penyalahgunaan kuasa dan juga pecah amanah jenayah.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS