Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jualan persendirian Equanimity proses biasa lepas lelongan gagal – Firma broker
Diterbitkan:  Feb 2, 2019 1:56 PM
Dikemaskini: 5:56 AM

Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low telah mempertikaikan kegagalan lelongan kapal mewah Equanimity, yang dakwa sebagai miliknya itu selepas tawaran bidaan yang diterima dikatakan berada di bawah nilai sebenarnya.

Walau bagaimanapun, firma broker Burgess, yang menguruskan penjualan itu, menegaskan bahawa lelongan hanya bertujuan memenuhi keperluan undang-undang dan penjualan persendirian merupakan kebiasaan bagi aset sebegitu

"Fasa pertama dengan bidaan tertutup, telah disiapkan pada November 2018, adalah langkah yang diperlukan secara sah di bawah Undang-undang Admiralti untuk meluluskan geran yang baik kepada pembeli melalui penjualan kehakiman terhadap kapal itu.

"Setelah fasa bidaan mandatori selesai, mahkamah dapat berpindah ke format jualan perjanjian persendirian yang lebih biasa (sifatnya).

"Ini adalah proses penjualan kapal mewah menurut piawaian biasa yang mana semua pemegang kepentingan kapal mewah tahu perkara ini dengan baik," kata CEO Burgess, Jonathan Beckett dalam temu bual dengan majalah penerbitan kapal layar Barche.

Satu, dua kapal mewah dijual setiap tahun

Beckett juga berkata semasa fasa lelongan, tawaran yang diterima tidak sebagaimana yang diharapkan. Beliau juga tidak bersetuju dengan tuduhan bahawa Equanimity mengambil masa yang lama untuk dijual.

"Menjual kapal mewah dalam sektor ini tidak pernah menjadi proses yang cepat. Hanya satu hingga dua kapal mewah dengan nilai jualan sebegitu yang dijual setiap tahun di seluruh dunia dan biasanya mengambil masa 12 hingga 24 bulan untuk menjual kapal mewah jenis ini.

"Jadi, tidak ada apa-apa yang luar biasa mengenai kerangka waktu itu, secara rasmi kapal layar itu hanya berada di pasaran selama tiga bulan, sejak akhir Oktober 2018," katanya.

Ketua pegawai eksekutif Burgess itu menjelaskan harga panduan AS$ 130 juta (RM532 juta) itu "sangat berpatutan," dengan mengambil kira "kualiti" kapal layar berkenaan.

The Equanimity kini berlabuh di Langkawi di mana bakal pembeli boleh melihat kapal persiaran mewah itu.

Selepas Mahkamah Admiralty memutuskan Equanimity boleh disiapkan untuk jualan persendirian berikutan tawaran lelong tidak memuaskan, Low mengeluarkan kenyataan yang menuduh kerajaan merosakkan nilainya.

Kapal mewah itu dirampas pada Februari tahun lepas di pesisir pantai Bali oleh pihak berkuasa Indonesia, bekerjasama dengan Biro Penyiasatan Federal Amerika Syarikat.

Indonesia kemudiannya menyerahkan kapal itu ke Malaysia selepas pentadbiran baru PH mengambil alih kuasa pada Mei 2018.

Bekas perdana menteri Najib Razak dituduh bersubahat dengan konspirator utama, termasuk Low, untuk melesapkan berbilion dolar daripada syarikat pelaburan milik negara, 1MDB. Bagaimanapun, kedua-duanya telah menafikan sebarang salah laku.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS